Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, May 17, 2010

Dato' Zaid Ibrahim kembali ke Hulu Selangor!!!

16 Mei 2010, Ahad, Felda Sungai Tengi

"Walaupun saya tidak diterima majoriti pengundi di sini, namun saya yakin ianya kerana UMNO-BN telah berjaya menyelewengkan fakta sebenar dan ianya bukan 100% berpunca daripda kesalahan pengundi".. Itulah antara kata-kata ikhlas daripada Dato' Zaid Ibrahim yang berkesempatan bersama rakyat Felda Sg. Tengi di Hulu Bernam disini malam tadi.

Majlis yang turut dianjurkan oleh PAS Kawasan Hulu Selangor dan Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) yang turut dihari oleh Presiden ANAK, Sdr. Mazlan Aliman bertujuan meraikan petugas-petugas Pakatan Rakyat di PRK Hulu Selangor beberapa minggu lalu.

Majlis yang dihadiri oleh lebih 100 orang penduduk ini berlangsung dengan jayanya walaupun hujan agak lebat turun. Didalam majlis tersbut juga diadakan sesi penyampaian bantuan Kerusi Roda buat 2 orang yang memerlukan.

"Kalah-kalah pun saya laku!!! Tiap-tiap malam orang panggil berceramah!!!" ujar Dato' Zaid.


Antara hadirin yang berjaya merebut kerusi bawah khemah! Yang lain dok tepi-tepi je lee.. hehehe



Sdr. Mazlan khusyuk mendengar ceramah Dato' Zaid

"Saya akan bersama-sama membantu Kerajaan Negeri Selangor membela hak-hak peneroka Felda di negeri ini!"



Antara penerima bantuan Kerusi Roda... Gunakan dengan sebaiknya ye?

"Takpe..Takpe.. Tak payah hidang, saya ambil sendiri!!" tegas Dato' Zaid sebelum mencedok sendiri nasi putih berlaukkan Kari Daging segar! Pehhh!!!




Apa lagi... serbuuuu!!!!

Tengah check keputusan PRK Sibu ke YB?? (teman tetap panggil dia YB!!!"


Orang kuat PAS Hulu Selangor, Ayahanda Nahar selaku Pengerusi Majlis beraksi!


Ketua Pemuda PAS Hulu Selangor sedang menghampiri Dato' Zaid
hmmm.. apa motifnya ye? hahahaha!

"Terlalu banyak perkara berkaitan hak peneroka yang disorok oleh Kerajaan Malaysia dan Felda" dedah Mazlan kepada hadirin malam tadi..

Antara barangan yang dijual bertujuan mengumpul dana untuk menggerakkan ANAK ke seluruh Malaysia! Membeli sambil beramal dan menyokong!

sunsnake 16052010

0 comments: