Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, April 11, 2010

PRK Hulu Selangor (34) Bodoh sorang-sorang laa.. jangan ajak orang lain sama!


Jawatan dia Ketua Penerangan UMNO...
Pangkat dia Timbalan Menteri..

Tapi malangnya masih lemah dalam menipu..
kena belajar dengan Ghani Patail dan Zambry Kadir lebih skit!

Sekolah-sekolah di Hulu Selangor dibina oleh UMNO-BN? Bukan PR?
aduhh!!! dalam banyak-banyak hujah..
itu je hujah yang mampu dibuat oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia?

hehehehe.. kalau Ketua Cawangan lagi tungkik la hujah yang keluar dari mulut dia!!

tuan-tuan semua pikir la sendiri ye? betapa bodohnya pimpinan UMNO ni..
Sebab tu mati idup balik depa tak berani berdebat!
Ada sorang dua yang berani macam KJ dan mulut berbuih tu..
Itupun lebam kena belasah!

Bayangkan Si Maslan ni berdebat dengan Saifuddin Nasution ataupun Mahfuz Omar?
Mau berbuih mulut kena sawan!
sunsnake 11042010


Pembangunan yang dijalankan di negeri-negeri yang kini dikuasai pakatan PAS-DAP-PKR termasuk di Selangor hanya diwarisi daripada usaha kerajaan BN, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata pakatan pembangkang di negeri-negeri yang dikuasainya belum melaksanakan sebarang pembangunan walaupun sudah dua tahun mentadbir di Kedah, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor khususnya di Hulu Selangor. "Semua pembangunan lama BN yang bina, sebagai contoh, kita (BN) bina 50 sekolah rendah dan 16 sekolah menengah (di Hulu Selangor)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program motivasi keibubapaan dan anugerah kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kerling di Hulu Selangor hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno meminta pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor agar menolak "kumpulan penumpang" agar membolehkan kerajaan pusat pimpinan BN meneruskan pembangunan di kawasan itu.

berita penuh

PRK Hulu Selangor (33) Contoh fitnah yang nyata oleh blogger UMNO!


Usahkan beruk, teman pun terkejut!
Banyak rupanya duit Pakatan Rakyat nih! hahahah!

Nak kata bodoh.. tapi gaya pacam pandai..
Nak kata pandai.. blog dia cerita semua yang bodoh2!

Sejak bila pulak PKR ni kaya-raya?

Budak-budak motor, PKR bagi RM150 semalam!! wahh!!
mana aci wehh!! teman dok tolong geng2 PKR tiap2 malam sejak 2 minggu lepas tak dapat apa pun??

Pasang bendera dapat RM300 sehari? pehhhh!! lagi pelik!

sudah2lah.. kot ye pun tak payah lah menipu yang kamu dah samai Hulu Selangor nie..
Main tembak je konon nya kejap ada kat situ.. kejap ada kat sini..
bunyi ayat pun teman dah tau kamu takde disini..

bangang punya bloggers UMNO!
Orang lain berblog.. dia pun nak jugakkk!! tapi membohong!
chait!
sunsnake 11042010

Wang Ehsan turun di Hulu Selangor.

Semalam apabila spy jalan-jalan cari makan di sekitar kawasan Kuala Kubu Baru dan juga Bukit Sentosa, spy dikejutkan pula dengan perkhabaran ada dua pergaduhan yang membabitkan Angkatan Muda Keadilan.

Hasil siasatan spy, punca pergaduhan ini juga kerana perebutan calon. Satu pihak mengatakan Ketua AMK Pusat, si Shamsul Iskandar yang layak bertanding di situ. Satu lagi pula mengatakan Ketua AMK Negeri merupakan orang yang paling layak.

Ada pulak lagi satu puak AMK disitu yang menyokong Zaid Ibrahim. Puak-puak ni percaya bahawa Zaid mempunyai tokoh kepimpinan yang lebih hebat dari MB Selangor sekarang iaitu si Khalid Ibrahim.

Spy ingatkan, di kem BN saja yang sibuk berebut calon. Rupa-rupanya didalam kem PKR sendiri lagi meroyan sampaikan bertumbuk macam budak-budak sekolah baru habis PMR. Jadi kes polis pulak tu. Haru sungguh !

Semalam juga spy telah mendapat tahu yang Anwar Ibrahim telah memperuntukkan 21 juta ringgit bagi "menawan" hati penduduk-penduduk Hulu Selangor.

fitnah / penipuan penuh

Saturday, April 10, 2010

Hishamuddin - Lidah dengan akal sama pendek!


Bodoh piang betul Menteri UMNO sorang ni..

Hari tu dia kata tak perasan lak yang Pendatang Asing Tanpa Izin dah terlalu ramai di Malaysia ni!
Memang teruk sangat la sebenarnya..
Sebagai Menteri yang kononnya jaga Polis..Imigresen dll..
kalau itulah kenyataan oleh Menteri, baik lantik Jamal Posmen Behrang je jadi Menteri Dalam Negeri!

Terbaru.. Israel dalam PDRM pun dia tak tau!
Dah kena pelempang dengan Anwar Ibrahim di Perlimen baru la kecoh-kecoh nak sisat?
Woii!!! Brother lidah pendek..
Teman ingatkan Jamal Posmen Behrang tu dah abih koman dah!
Ada lagi yang lagi koman dari dia?

Kalau tak mampu.. letak le jawatan.. gi buat operation panjangkan lidah!
Terbakor betul hati teman pagi nih!

Israel dah masuk Bukit Aman?? Gila apa??

Teringat lagi teman kena kejutan elektrik di pagar Bukit Aman masa menyorok kena kejor Polis di Demo Anti-ISA hari tu..
Teman yang rakyat Malaysia kena karen! Yahudi senang-senang je masuk ye?
S*al punya Menteri UMNO!
sunsnake 10042010

PRK Hulu Selangor (32) Amaran! 2 Anjing UMNO ini akan digunakan sepenuhnya!




Maklumat sahih yang teman dapat..

PRK Hulu Selangor kali ini juga UMNO akan gunakan teknik samseng dan ugutan seperti di Bagan Pinang! Semua orang tahu bagaiaman taktik mereka di Bagan Pinang dulu..

1. Bergerak seperti samseng!

2. Pakai tali merah, lilit kat lengan, tangan

3. Tarik seramai mungkin mat-mat rempit, kaki botol, mat dadah, mat ganja, mat zina dan semuanya akan dikumpulkan bagi menaikkan semangat merek sebelum keluar membuat kacau! Kalau perlu bagi budak-budak ni mabuk dulu! (di Bagan Pinang, puak2 ni siap muntah-muntah depan Markaz Induk Pemuda PAS)

4. Pastinya 2 anjing belaan UMNO iaitu PEKIDA dan Persatuan Silat ****** akan digunakan bagi mengepalai aktiviti-aktiviti samseng ini!

5. Hanya di Bagan Pinang UMNO gunakan teknik samseng dan ugutan ini dan hasilnya merfeka berjaya! Maka, wajiblah mereka menggunakan cara yang hampir sama disini.. Bukankah hidup mati mereka hanya untuk kuasa?

Maklumat ini teman dapat sahih dan terpulang kepada pimpinan PR untuk mempercayai mahupun untuk membuat perancangan balasa. Jangan dah jadi macam di bawah ni baru nak kecoh! Baru nak buat report Polis!

Kompom Ketua Polis Selangor akan cakap macam Ketua Polis Negeri Sembilan dulu..
"Kami tak dapat apa-apa laporan pun?" macam bapok Chow Kit je teman tengok dia masa tu..

sunsnake 10042010




PRK Hulu Selangor (31) Pahat yang bakal berbunyi...

Friday, April 9, 2010

PRK Hulu Selangor (30) Pemimpin BN jadi David Blaine la ni!



Hari tu teman dah cerita bagaimana pegawai kebajikan masyarakat tetiba muncul depan rumah mencari orang susah! Kan betul teman kabo!
Seluruh Hulu Selangor seolah-olah ada ramai magician datang!

Pimpinan UMNO-BN sekarang bolehlah diibaratkan sama fungsinya seperti David Copperfield dan David Blaine! Minta je.. kompom bolehhh!!!

Kalau tak silap teman, masjid-masjid dan suarau-surau pun dah dapat bantuan!
Mana-mana surat permohonan lama-lama diminta diprint balik dan serahkan segera kepada agensi kerajaan pusat! (tak pasti agensi mana..)

Yang ada rumah-rumah kosong dan untuk disewa jangan cerita laaa..
Inilah masanya nak buat duit!
Pastinya disewakan kepada UMNO!

Di Felda Sungai Tengi Selatan, sebuah rumah betul-betul di simpang masuk dijanjikan oleh UMNO RM5000 untuk sewaan sepanjang PRK ni!
Wah! gaji teman 5 bulan tuh!

Wah! Untunglahh Rakyat Hulu Selangor!!!
sunsnake 09042010


Pilihan raya kecil: Peluang penduduk buat tuntutan
Apr 9, 10
12:11pm
Masyarakat sekitar Hulu Selangor menggunakan peluang pilihan raya kecil parlimen yang bakal diadakan di kawasan mereka pada 25 April untuk menuntut hak dan juga pembangunan di kawasan berkenaan. Menurut S Kavitha, 23 yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat lombong, Gemilang Pintar Sdn Bhd, pilihan raya kecil adalah peluang bagi penduduk menuntut apa yang sepatutnya merupakan hak mereka. Pengundi muda itu berkata golongan berusia di kawasannya kurang 'bersemangat' membuat tuntutan tetapi sebaliknya menunggu untuk bantuan disalurkan kepada mereka.

berita penuh