Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, March 18, 2010

Apabila bukan luahan hati sendiri..


Teman yakin gak yang teks biadap yang Zahrain baca semalam bukan luahan hatinya sendiri..
Ayat sebutir-butir keluar..
Dan betul jugak kata YB Saifuddin ni..
Sebelum memang tak pernah pulak dengar atau nampak si Zahrain ni berucap macam tu dalam parlimen! Bagai nak rak pulak tuh!

Hmm.. inilah spesis yang teman rasa masih ada lagi dalam PKR sekarang ni..
Sila hati-hati ye duhai PKR?
sunsnake 18032010

Zahrain dicabar dedah Timbalan Speaker berpakat dengan Anwar
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 18 Mac: Pakatan Rakyat hari ini mencabar Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) membuktikan dakwaannya bahawa Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pakatan dengan Timbalan Speaker untuk mempengerusikan undi tidak percaya terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) berkata, Zahrain mesti berani menamakan Timbalan Speaker yang dimaksudkan itu.

"Saya cabar Zahrain namakan siapa Timbalan Speaker yang dimaksudkan itu. Cuma ada dua Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee. Zahrain boleh tanya kedua-duanya, siapa yang telah berpakat dengan Anwar," katanya dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi ini.

Turut bersama pada sidang media berkenaan ialah Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian), Jeff Ooi (DAP-Jelutong) dan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera).

Macam Mamak... Belajar Bahasa Cina.. Mengaku Melayu!


hehehe..
Makin hina diri MB Mahkamah ni dimata orang cina Perak..
Masalahnya.. dia sendiri menghinakan dirinya!
Angin tak ada, ribut tak ada..
Tiba-tiba sibuk belajar Bahasa Mandarin!
Nampak sangat sengaja nak menunjuk-nunjuk yang dia sangat 'mengambil berat' akan kepentingan orang cina!

Dey Maccha!
Lepas ni.. Jangan lupa Belajar Bahasa Tamil (dia memang terrer kan?)..
Jangan lupa belajar Bahasa Banjar!
Bahasa Jawa!
Bahasa Mendeleng!
Bahasa Kampar!

Baru leh dapat undi!!
sunsnake 18032010

Zambry digesa henti 'perbodohkan' Cina
Mac 17, 10
6:31pm

Ahli parlimen Beruas yang juga ketua DAP Perak, Datuk Seri Ngeh Koo Ham mencabar Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan ahli exconya supaya menghentikan 'sandiwara' mereka 'memperbodohkan' masyarakat Cina.
Beliau membuat bidasan itu hari ini dan mendakwa Barisan Nasional tidak cekap dalam mentadbirkan Perak. "Jika mereka ingin kembali ke sekolah, sila kembali ke sekolah dan biarkan orang lain yang cekap mentadbirkan negeri,” katanya di Parlimen lobi, hari ini. Ngeh (kiri) mengulas laporan di akhbar harian Sin Chew Jit Poh yang memaparkan gambar Zambry dan anggota exconya menghadiri kelas bahasa Mandarin. "Peristiwa itu diberikan liputan meluas oleh Sin Chew tetapi ia hanya membuktikan bahawa exco BN adalah orang yang tidak cekap,” katanya. Beliau juga mahukan Zambry (bawah) supaya menghentikan lakonan kononnya BN mengutamakan bahasa Mandarin dan Inggeris, sedangkan hakikatnya tindakan itu hanya 'sandiwara' dan tidak ikhlas.
Ngeh berharap masyarakat Cina tidak akan terpedaya dengan helah BN kerana sebelum ini beliau mendakwa ada arahan kerajaan negeri supaya tidak diambil pegawai yang mahir berbahasa Mandarin tetapi sebaliknya menghantar pegawai Melayu ke kelas bahasa Mandarin. "Mempelajari sesuatu bahasa memakan masa yang lama. Kenapa tidak menghargai masyarakat Cina dengan menyerap mereka yang mahir dalam bahasa Mandarin ke dalam perkhidmatan awam? “Masyarakat Cina juga kini menguasai bahasa Melayu dengan baik. Mengapa tidak kita memaksimumkan sumber berkenaan?” soalnya.

Congrate The Blues! Wakakaka!

Chelsea 0 - 1 Internazionale

Seekor demi seekor mula menunjukkan nilai mereka!


Semalam di Parlimen, Zahrain mula menunjukkan nilai dirinya kepada UMNO!
Belum apa-apa lagi katak ini dah meloncat dengan tak semena-mena dan benar-benar menampakkan kesungguhan mahu menunjukkan kepada UMNO betapa 'ikhlas' nya dia keluar PKR dan menghampiri UMNO!

Kalau dah UMNO tu.. gitulaaa..

Pesan teman pada geng-geng PKR terutama yang berasal dari UMNO..
Jangan masuk lubang ular yang sama 2 kali!
sunsnake 18032010


ZAHRAIN TUKANG BACA SKRIP UMNO? PATUTLAH TAK MAHU BERI LALUAN ANWAR MENJAWAB

Oleh WFAUZDIN

Tugas Resmi Sebagai Barua Baru Bermula... ....

17 Mac – Zahrain Hashim didakwa telah bercakap bohong di Parlimen semasa berucap buat pertama kali sebagai Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru berhubung isu 16 September 2008.

Zahrain dalam ucapan perbahasan titah Yang DiPertuan Agong berkata kononya beliau kesal dengan tindakan yang diambil oleh Pakatan Rakyat pada 16 September dua tahun lalu untuk menubuhkan kerajaan persekutuan melalui tindakan lompat parti oleh anggota Parlimen Barisan Nasional.


Beliau juga mendakwa Pakatan Rakyat menghantar wakilnya ke Taiwan untuk bagi merayu Ahli Parlimen Barisan Nasional supaya menyokong usaha merampas Putrajaya. Zahrain berkata Pakatan Rakyat ketika itu yakin ahli-ahli BN yang mahu melompat parti sudah mencukupi untuk membentuk kerajaan pusat selain memberitahu bahawa Yang DiPertuan Agong sudah menunggu di Istana Negara bagi memberi perkenan bagi membentuk kerajaan selain merestui Anwar sebagai Perdana Menteri Keenam.

Ketua Pembangkang dalam respons beliau terhadap “cerita” Zahrain sebelum meninggalkan Dewan berkata apa yang dicakapkan oleh Zahrain adalah pembohongan semata-mata. “Dia keluar parti kerana tidak puas hati beliau terhadap kes pemecatan beliau sebagai Pengerusi Island Golf Properties Bhd (IGP). “Saya tegaskan di sini apa yang dia cakap semuanya tidak betul, kita tidak pernah mengeluar kenyataan seperti apa yang dia katakan itu. Tidak ada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang berhimpun di Parlimen pada 16 September tersebut.

“Ini adalah draf ucapan yang dibuat oleh Umno, Umno tak berani dan mereka mengambil kesempatan menggunakan orang lain dalam kepentingan mereka,” tegas Anwar. Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu disokong Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang menyifatkan teks ucapan Zahrain disediakan oleh Umno-BN. “Bagi saya kenyataan yang diperkatakan oleh Zahrain adalah mengikut teks yang diberikan Barisan Nasional kepadanya, ini dapat dibuktikan jika disebabkan 16 September beliau hilang keyakinan kepada PKR kenapa baru sekarang beliau mengambil tindakan keluar parti.

”Saya tidak nampak apa yang diperkatakan itu betul dan boleh terima, kita beranggapan beliau menurut perintah pihak sebelah sana (BN). “Kita tahu sebab apa beliau tidak puashati sebelum ini. Kenyataan yang diperkatakan hari ini tidak pernah diluahkan oleh beliau selain kenyataan media selepas beliau keluar parti,” komen beliau.

Tindakan Zahrain tersebut telah membangkitkan kemarahan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menuduh Zahrain berbohong sedangkan masalah sebenar semasa beliau bersama KEADILAN cuba ditutup./best1of4.wordpress

Nik Aziz Ulama' P*k*m*k! - Penceramah UMNO

Agak-agak macam ni la Abu Jahal dan Abu Lahab maki Nabi dulu..
Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab!

Menitik air mata teman dengar penghinaan manusia ini terhadap batang tubuh Tok Guru Nik Aziz..
Hebat sangat ke ibadat dia ni?
Ikut mata teman yang banyak dosa ni..
jenis manusia UMNO macam ni.. selalunya memang jahil..
Moga Allah SWT beri hidayah pada dia...

Wednesday, March 17, 2010

Tok Guru Nik Aziz & Anwar di Hulu Selangor!


Himpunan Raksasa "Selamatkan Malaysia"

Tarikh : 24 Mac 2010
Masa : 8.00 malam ~ 12.00 tgh malam
Lokasi : Stadium KKB, Kuala Kubu Bahru

Tetamu Jemputan:-

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
YB Anwar Ibrahim
YB Khalid Ibrahim
YB Husam Musa
YB Saifuddin Nasution
YB Sivarasa

Semua dijemput hadir dan sebarkan!

Anjuran - Angkatan Muda Keadilan dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Hulu Selangor
"Anak Muda Geng Kita"