Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, February 24, 2010

Bukan tak nak debat, tapi tak nak debat..


hehehehe..
kawan-kawan semua analisis la sendiri ayat 'penakut' puak-puak belaan UMNO nie..
Ayat 'menolak' Pemuda UMNO teman dah ulas tadi...

Kesian sebenarnya mengenangkan puak-puak nie..
InsyaAllah, moga mereka (GPMS) ini sedar siapa sebenarnya UMNO nie..

sunsnake 24022010

GPMS: Debat dengan Pakatan tidak bantu orang Melayu

PULAU PINANG, Feb 23 — Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyifatkan pelawaan pergerakan Pemuda dari parti-parti pakatan pembangkang sebagai sesuatu yang tidak berfaedah kerana langkah itu tidak akan mengubah nasib orang Melayu di Pulau Pinang.

Setiausaha Agungnya Zambri Mohd Isa berkata kerajaan pakatan pembangkang yang meneraju negeri itu sepatutnya menganjurkan dialog dan mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh orang Melayu di situ.

“GPMS berbesar hati dengan pelawaan Pemuda parti-parti pembangkang itu tetapi berdebat bukanlah cara penyelesaian terbaik dalam menangani permasalahan itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, GPMS juga masih menunggu jawapan daripada Ketua Menteri Lim Guan Eng mengenai permintaan untuk berbincang secara bersemuka berkenaan pembelaan orang Melayu Pulau Pinang di bawah kerajaan pakatan pembangkang yang diketuai DAP itu.

“Kami telah menghantar surat pada 4 Feb lepas tetapi setakat ini masih belum mendapat sebarang maklum balas,” katanya.

Semalam Pergerakan Pemuda dari DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri itu mempelawa Pergerakan Pemuda Umno dan wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang memperjuangkan orang Melayu untuk menyertai debat terbuka anjuran mereka pada 7 Mac ini. — Bernama

Tuesday, February 23, 2010

Saiful elok jumpa Fauziah Nawi...


Ke'kantoi'an Saifool apabila perbualan facebooknya dengan bloggers UMNO bernama papagomo
sangat-sangat menggemparkan pencacai-pencacai UMNO walaupun kita semua dah tahu akan permainan munafik-munafik ini!

So, kalau ikut kata Saiful dalam facebook tu..


Haaa.. kalau nak belajar macam mana nak jadi pelakon yang hebat.. elok la jumpa tenaga pengajar AF iaitu Ibu Fauziah Nawi.. Teman memang respect dengan ibu nie..

Mungkin ada tips yang boleh ibu bagi kat 'pelakon termahal' di dunia nih!
Itupun kalau ibu Fauziah sudi lerrr..

p/s:Maaf ya Ibu Fauziah Nawi.. sebab guna nama ibu..

UMNO memang penakut! Selamanya penakut!


Baru je teman komen isu ni.. Lagi Pemuda UMNO buat hal!
Kesimpulan yang dapat teman buat pasal Pemuda UMNO ni..

1. Tak sedar diri
2. Bodoh piang!
3. Tak beradap!
4. Pengecut!

-Yang nak diajak berdebat tu Ketua Menteri.. apa level depa?
Setakat Pemuda UMNO Pulau Pinang??
Yang pimpinan Tertinggi UMNO macam Shabery Cheek tu pun sampai berbuih mulut lari tajuk debat dengan Anwar! Inikan pulak Pemuda UMNO? Pulau Pinang pulak tuh!

Silap-silap depa hantaq mamak UMNO mana ntah nanti!

Pemuda UMNO kalau debat ilmiah, fakta memang depa tak mau..
Kalau bergaduh, pukul orang macam di Bagan Pinang dulu.. haaa!!
Pemua UMNOlah Juaranya!

Memang sejak dulu lagi UMNO tak pernah berani berdebat secara terbuka!
Sebab tu boleh kata semua pelawaan debat PAS tak pernah UMNO layan..
Pulak tu bagi alasan pondan Chow Kit terutamanya Ketua Pemuda sebelum KJ ni..
Apa nama dia?? Awwww!!?
Yang tak perasan pendatang asing dah berlambak kat Chow Kit tu kan?

Inilah dia Pemuda UMNO yang akan mewarisi legasi UMNO sekarang..
Bagaimana agaknya kalau golongan ini yang menjadi pemimpin negara di masa akan datang?
Hancurrr la Malaysia jawabnya!! Na'uzubillah!

sunsnake 23022010

Pemuda Umno biadap koyak surat jemputan debat
Rusli Islam
KUALA LUMPUR, 23 Feb: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan mengecam tindakan tidak beradab Pergerakan Pemuda Umno apabila mengoyak surat cabaran debat mengenai isu penindasan orang Melayu di Pulau Pinang yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.

"Kalaupun tidak bersetuju kenapa tidak balas sahaja surat tersebut tanpa perlu bersikap biadap dengan mengoyak surat tersebut?" soal beliau ketika dihubungi tadi.

Sehubungan itu, beliau mencabar Pemuda Umno tampil ke hadapan umum untuk berdebat dengan Pemuda Pakatan Rakyat.

"Debat ini sekaligus menjadi pengukur atau penentu apakah dakwaan Pemuda Umno itu jujur, benar ataupun hanyalah satu mainan politik desperado.

"Bukankah mereka nak perjuangkan nasib orang Melayu di Pulau Pinang, tampillah dan bawa bukti, fakta atau 'figure' sekiranya mereka benar," ujarnya.

Berita di dalam Astro Awani semalam, menunjukkan Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang mengoyak surat cabaran debat yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.

Pergerakan Pemuda Umno dikatakan hanya ingin berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Kalau alasan hanya hendak berdebat dengan Lim Guan Eng macam mana pulak kalau saya nyatakan Lim Guan Eng hanya layak berdebat dengan menteri-menteri Umno, dan bukannya Pemuda Umno.

"Jadi persoalannya sampai bila kebenaran ini akan ditegakkan. Jika Umno benar usah berdolak dalik,” ujarnya lagi.

Untungnya bila tempat tu ada Pilihanraya...



Kalau idak dek sebab ada Pilihanraya Negeri Sarawak,
tobat lahum laaa.. duit sebanyak itu nak diumumkan..

Kalau ada peruntukan pun baik buat senyap-senyap agar senang di'sapu' dek depa..
Tapi dah ada Pilihanraya Sarawak ni.. kena la umum agar rakyat tahu..

Inilah standard KPI UMNO-BN..
Setiap apa yang dibuat MESTI ada kepentingan politik!
Ok lagi.. itu memang kelebihan UMNO sebagai pemerintah..
Tapi adakah rakyat yakin peruntukan itu akan sampai ke golongan sasaran?

Ke peruntukan diumum sekadar untuk meng'halal'kan kehilangannya nanti?

Wallahua'lam..
sunsnake 2302201

RM3.4 bilion untuk Sarawak


Najib Tun Razak meninjau keadaan Sungai Batang Sadong dekat Pekan Simunjan, Sarawak, semalam. Perdana Menteri diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri Simunjan, Mohd. Naroden Majais (kanan). – BERNAMA


SRI AMAN 22 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghargai kepentingan Sarawak hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM3.4 bilion untuk melaksanakan projek-projek infrastruktur di negeri itu terutamanya untuk penduduk pedalaman yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2012.

Perdana Menteri berkata, kerajaan Pusat menyediakan pelan perancangan dan kaedah pelaksanaan yang rapi untuk mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) dari segi pembangunan prasarana seperti bekalan elektrik, air bersih, pembinaan jalan raya dan rumah orang miskin di luar bandar di pedalaman Sarawak.

‘‘Tujuan saya datang (ke Sarawak) antaranya untuk melihat kejayaan yang telah kita lakukan serta untuk memberi komitmen dan keyakinan bahawa banyak lagi projek luar bandar akan kita laksanakan seperti akujanji kita kepada rakyat Sarawak di bawah konsep Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Petunjuk Prestasi Utama Negara (NKPI) terutama sekali melibatkan pembangunan prasarana luar bandar,” kata beliau.

Beliau menambah kerajaan begitu komited untuk meningkatkan keperluan prasarana di bawah NKRA pembangunan prasarana yang boleh dilihat melalui peruntukan kerajaan sebanyak RM3.4 bilion itu.

Najib berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar bernilai RM5.8 juta di Rumah Radin, Lachau Ulu, Lachau di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan dua Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri George Chan Hong Nam dan Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Najib berkata, laporan tentang program pembangunan prasarana itu akan dikeluarkan apabila tiba masanya kerana ada daripada projek tersebut sedang dalam pelaksanaan untuk faedah rakyat yang menaruh kepercayaan kepada kerajaan sedia ada.

Terdahulu dalam ucapannya, Perdana Menteri berkata, apa yang dilakukan kini adalah untuk meneruskan kesinambungan pemimpin-pemimpin terdahulu dalam menyediakan kemudahan untuk rakyat.

Dalam hal itu kata beliau, apa yang dekat pada hatinya ialah mengenai pembangunan luar bandar kerana terpengaruh dengan sifat ayahnya, Allahyarham Tun Abdul Razak yang dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia.

‘‘Allahyarham ayah saya berjalan beribu-ribu batu, beliau pernah pergi ke Kampung Pichin pada tahun 1966 dan saya juga telah ke sana pada tahun lepas. Saya tidak tahu macam mana ayah saya boleh sampai ketika itu,” kata beliau.

Najib memberitahu, salah satu misi yang dekat di hatinya dan ingin diselesaikan ialah agenda pembangunan luar bandar termasuk di Sabah dan Sarawak.

Turut mendapat perhatian beliau dalam ucapannya ialah mengenai janji pembangkang yang disifatkan sebagai janji ‘orang yang belum mendapat kuasa.’

‘‘Jangan ikut pembangkang yang datang bermusim. Bila orang tiada kuasa mudah untuk mereka menabur janji,” katanya.

Najib berkata, pembangkang kini mengalami sindrom tidak percaya kepada pemimpin atasan yang banyak berlaku di Semenanjung dan apabila pemimpin atasan tidak dipercayai lagi, ia sudah tentu akan memberi kesan kepercayaan rakyat kepada parti pembangkang.

sumber - melayau

Israel lebih hebat dari Malaysia!


Aduhhh!!..
Nampaknya bersungguh benar Israel nak menyaingi kehebatan Malaysia dalam aspek ketenteraan.

Kalau sekarang ni Malaysia mempunyai kelebihan dengan 'mencipta' Pesawat tanpa enjin!
Israel pulak kini dah ada pesawat tanpa pemandu!

Mungkin sekarang ni Israel tengah berusaha secara senyap menyaingi Malaysia dari segi Pertahanan laut pulak.. Maklumlah bukan senang nak lawan Kapal Selam Malaysia yang tak boleh menyelam tuh!

p/s: Realitinya, makin hebat Israel menyediakan (baca menunjukkan) kekuatan ketenteraan mereka..

sunsnake 23022010

Israel miliki pesawat tanpa juruterbang lebih canggih


ANGGOTA tentera Israel melihat dari dekat pesawat Heron TP atau IAl Eitan dalam bahasa Hebrew, yang dipamerkan di Pangkalan Tentera Udara Tel Nof dekat Tel Aviv, kelmarin. - REUTERS


TEL AVIV 22 Feb. - Tentera udara Israel semalam memperkenalkan sejumlah pesawat tanpa juruterbang terbaru yang mampu berada di udara selama sehari dan boleh terbang sehingga ke Teluk Parsi, sekali gus meletakkan musuhnya Iran dalam jangkauan sasaran.

Pesawat senyap Heron TP itu mempunyai sayap berukuran 26 meter yang menyamai saiz pesawat penumpang Boeing 737 dan merupakan pesawat tanpa juruterbang terbesar dalam angkatan tentera Israel.

Pesawat berkenaan boleh terbang berterusan untuk sekurang-kurangnya selama 20 jam dan tujuan utamanya ialah untuk melakukan kerja pengawasan.

Dalam satu majlis pelancarannya di Pangkalan Tentera Udara Tel Nof dekat sini semalam, pesawat berkenaan kelihatan begitu besar berbanding pesawat pejuang F-15 yang diletak berdekatan.

Heron TP yang kelihatan mirip Heron iaitu pesawat tanpa juruterbang sebelum ini juga milik Israel tetapi yang mampu terbang lebih tinggi mencapai ketinggian 12,000 meter dan boleh berada lebih lama di udara.

''Dengan pelancaran Heron TP ini, kita merealisasikan mimpi tentera udara,'' kata Brigedier Jeneral Amikan Norkin selaku Komander pangkalan tentera tersebut.

Tentera Israel enggan mendedahkan jumlah pesawat tersebut atau sama ada ia dibina untuk digunakan terhadap Iran tetapi menekankan ia boleh diubah suai untuk pelbagai tujuan.

Para pegawai tentera Israel juga menyatakan, Heron TP boleh menjadi alat yang amat berguna ke atas Iran.

Ia boleh digunakan untuk pengawasan, merosakkan sistem komunikasi musuh, menghubungkan pusat kawalan darat dan membantu pesawat udara lain.

Israel menganggap Iran sebagai ancaman disebabkan program nuklear negara tersebut, di samping pemilikan peluru berpandu jarak jauh dan kenyataan para pemimpin Iran untuk menghapuskan Israel.

Rejim Yahudi itu telah menyatakan kemungkinan menyerang Iran jika tekanan antarabangsa tidak dapat menghentikan program nuklear negara tersebut.

Israel dan Amerika Syarikat yakin Iran sedang cuba membina senjata nukleur, walaupun negara tersebut telah berulang kali menyatakan bahawa program nukleurnya adalah untuk tujuan keamanan.

Dalam beberapa konflik sebelum ini, pesawat tanpa juruterbang didapati kurang berkesan apabila pihak lawan mempunyai senjata anti-pesawat yang lebih canggih.

Sebagai contoh, dalam perang di Serbia pada 1999, angkatan tentera negara itu dengan cepat menembak jatuh 42 pesawat seumpamanya yang menurunkan secara drastik keberkesanan kempen pengeboman Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). - AP

Monday, February 22, 2010

Mereka berjaya kami butakan! - Najib


Malangnya rakyat Sarawak terutama yang tinggal dikawasan pedalaman..
Maklumat melalui media baru khasnya dari Pakatan Rakyat semacam 'mustahil' untuk sampai.
Pastinya UMNO-BN menguasai 100% pemikiran mereka disamping sogokan kebendaan yang agaknya semacam lumrah bila tiba pilihanraya!

InsyaAllah, bersabarlah rakyat Sarawak terutama pendokong-pendokong parti-parti bukan BN.
Semoga Allah SWT memberi jalan yang tak disangka-sangka dalam usaha kita memerangi kezaliman UMNO-BN.
sunsnake 22022010

PM: Pembangkang tak mampu saingi BN di Sarawak
Feb 22, 10 4:14pm
Pembangkang tidak dapat memberi saingan kepada Barisan Nasional (BN) Sarawak dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang kerana sikap pengundi di negeri ini yang mempunyai penilaian berbeza semasa mengundi.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak yakin keputusan pilihan raya umum 2008 lalu tidak akan mempengaruhi sentimen atau sokongan pengundi kepada parti komponen BN Sarawak kerana rakyat mengambil kira isu setempat dan bukannya isu nasional semasa memilih calon mereka.

"Mereka (pengundi) lebih tertumpu kepada isu tempatan dan antara jadi pertimbangan ialah pembangunan luar bandar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek bekalan elektrik luar bandar bernilai RM5.8 juta di Rumah Radin, Lachau Ulu, Lachau di Sri Aman hari ini.

Najib berkata, BN
Sarawak mampu membawa kesinambungan pembangunan luar bandar di negeri kerana ini terbukti melalui pelbagai program pembangunan yang dibawa sejak dulu lagi.

Parti komponen BN Sarawak terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Rakyat Sarawak (SPDP).

Di dalam pilihan raya DUN Sarawak pada 2006, BN Sarawak memenangi 62 kerusi dengan kerusi selebihnya dimenangi oleh calon Bebas, DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM).

Ketika ditanya sama ada Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud ada berbincang dengannya mengenai tarikh pilihan raya DUN Sarawak akan datang, Najib secara berseloroh berkata: "Jika saya bincang pun, saya tidak akan beritahu anda."

Mengenai rancangan pengabungan PRS dan SPDP yang pernah disuarakan oleh kedua-dua pemimpin parti komponen BN Sarawak itu sejak 2006 tapi sehingga kini masih belum menjadi kenyataan, Perdana Menteri berkata beliau menyerahkan kepada BN Sarawak untuk membuat keputusan.

"Apa yang difikirkan sesuai oleh BN Sarawak akan diterima oleh kami (BN) di peringkat pusat," katanya.

Mengenai kenyataan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa BN akan mengalami nasib sepertimana pada pilihan raya umum 2008 pada pilihan raya umum akan datang, Najib berkata kenyataan itu cuma retorik politik yang kosong.

"Saya serah kepada rakyat, tidak akan mendabik dada, saya akan tumpu buat kerja bela rakyat Malaysia di mana saja," katanya.

- Bernama