Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, November 4, 2009

'Perut' masing-masing dah kenyang, baru laa..


Sume tokey-tokey koperasi dah kenyang, dah puas makan caj-caj mengarut-ngarut baru la nak kansel.. Terima Kasihlah buat Kerajaan Barisan Nasional yang 'prihatin dan 'mulia'.
Dan Tahniahlah sebab berjaya mengayakan tokey2 koperasi yang 99% adalah daripada orang UMNO! Khaakkkk PPttuuiihhh!!!
sunsnake 4.11.2009

Caj tambahan pinjaman koperasi dihentikan

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Semua koperasi di negara ini diarah menghentikan pelbagai caj keterlaluan yang dikenakan ke atas ahlinya yang membuat pinjaman berkuat kuasa serta- merta.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hanya empat caj yang dibenarkan iaitu caj pemprosesan, duti setem, kos insurans dan caj melangsaikan pinjaman.

“Lain-lain caj tidak dibenarkan kecuali koperasi tersebut mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk berbuat demikian,’’ katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Mengulas lanjut, jelas beliau, tindakan tegas itu diambil selepas kementerian itu mendapat aduan dan rintihan daripada para peminjam yang tertekan berikutan kadar caj tinggi.

Katanya, hasil siasatan mendapati 22 koperasi menjalankan aktiviti kredit mengenakan berpuluh-puluh caj tambahan sehingga menjadikan koperasi seperti ‘ah long’ yang berlesen.

Ismail Sabri menambah, caj keterlaluan tidak selaras dengan prinsip koperasi yang merupakan organisasi sosio-ekonomi yang tidak bermotifkan keuntungan.

“Caj keterlaluan yang dikenakan adalah melampau kerana ia menjangkau antara 30 hingga 40 peratus daripada pinjaman yang dibuat oleh ahli.

“Jika ahli meminjam RM10,000, dia hanya akan mendapat RM6,000 sahaja kerana terpaksa membayar pelbagai caj yang tidak masuk akal,” jelasnya.

Sementara itu, beliau berkata, semua 22 buah koperasi itu diberi masa enam bulan untuk memperbetulkan semula caj yang telah dikenakan kepada peminjam sebelum ini.

Tegasnya, jika dalam tempoh tersebut koperasi itu gagal, ia tidak akan dibenarkan beroperasi

Tauliah kepala hotak kamu JAIS!


"kepala hotak kamu JAIS!" sebenarnya itulah kata-kata yang paling sesuai buat JAIS yang mengaku menegakkan Islam tapi sebenarnya menegakkan UMNO di Selangor ini. Setiap arahan dan tindakan yang dikeluarkan oleh JAIS ini sebenarnya banyak yang membantu UMNO menyempurnakan hasrat mereka untuk membantutkan Islam kerana UMNO tahu, lagi hebat dan pandai rakyatnya berkenaan Islam lagi senang mereka menyertai ataupun menyokong perjuangan PAS. Contoh terbaik bagaimana JAIS menjadi pencacai pengangkat najis UMNO dalam hal mengawal masjid-masjid di seluruh negeri Selangor. JAIS yang bersekongkol dengan Dato'2 lantikan Sultan yang kononnya untuk memantau pergerakan masjid-masjid sebenarnya lebih kepada wakil UMNO!

Disaat PR telah memenangi Kerajaan negeri pun, JAIS dan Dato'2 tali barut pencacai ini masih lagi mahu menghalang kemaraan rakyat mahu meneluskan masjid-masjid. Teman masih ingat bagaimana busuknya hati Dato'2 lantikan Sultan dan JAIS berserta Nazir-nazir UMNO yang membuat pelbagai helah dan tipudaya serta alasan untuk menidakkan proses pemilihan AJK masjid yang baru. Begitu bangsat dan hinanya mereka yang bertindak atas arahan UMNO Selangor bukannya atas amanah dan tanggungjawab.

Sehingga kini, mereka masih lagi cuba memecah belahkan masyarakat dan pemimpin-pemimpin kerajaan negeri melalui kuasa yang mereka ada. Penangkapan Ustaz Asri sememangnya jelas bermotifkan politik. Apa yang tidak politik pada JAIS ini? Malahan lantikan setiap level didalam JAIS inipun kerana ada hubungkait politik. Cuba siasat siapa Pengarah JAIS ini? Siapa penolong-penolongnya? Siapa pegawai-pegawai penguatkuasanya? PASTI ada kaitannya dengan UMNO! paling-paling tidak anak sedara UMNO ada kat situ..

Kerajaan Negeri Selangor melalui exco Dr Hassan Ali WAJIB melakukan tindakan 'pembersihan' didalam JAIS ini. Jangan diharap keizinan Sultan dalam hal ini kerana Sultan-sultan di Malaysia sudah sedia terikat dengan UMNO! Semua orang tahu, bukannya rahsia lagi!

wallahu'ala,
sunsnake 4.11.2009

Penahanan Dr. Asri bukan secara semberono – JAIS

SHAH ALAM 3 Nov. – Penahanan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kelmarin bukan dibuat secara semberono atau mengikut telunjuk mana-mana pihak.

Sebaliknya Pengarah JAIS, Mohamed Khusrin Munawi menegaskan, tindakan itu diambil selepas Mohd. Asri berulang kali melanggar peraturan berkaitan aktiviti memberi ceramah agama di negeri ini.

Menurutnya, Mohd. Asri tahu tentang peraturan tersebut tetapi terus melakukan kesalahan itu.

“JAIS pernah menghantar pekeliling kepada semua mufti negeri termasuk Mohd. Asri yang memberitahu tentang keperluan mendapat kebenaran dan pentauliahan jabatan itu untuk membolehkan mereka menyampaikan kuliah di Selangor,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, Mohd. Asri kerap kali memberi kuliah agama tanpa tauliah termasuk di Hulu Klang yang dibuat hampir setiap bulan begitu juga di Masjid Seksyen 14, Petaling Jaya.

“Ini bermakna beliau tidak menghormati peraturan yang telah ditetapkan di negeri ini,” ujarnya.

Katanya, penahanan terhadap Mohd. Asri pada malam itu dibuat selepas mesyuarat JAIS dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dilakukan.

Dalam pada itu, Mohamed Khusrin memberitahu, keputusan sama ada bekas Mufti Perlis tersebut bakal didakwa atau sebaliknya hanya akan diputuskan oleh Bahagian Pendakwaan JAIS sebelum penghujung bulan ini.

Katanya, pada masa ini pihaknya sedang menyiapkan kertas siasatan kes Mohd. Asri yang ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam Selangor.

“Sebaik sahaja kertas siasatan kes Mohd. Asri siap, kita akan serahkan kepada Bahagian Pendakwaan. Selepas itu terpulang kepada mereka untuk membuat keputusan,” jelasnya.

Mohd. Asri ditahan oleh pasukan penguat kuasa JAIS malam semalam kerana menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah di sebuah banglo di Taman Sri Ukay, Hulu Klang.

Turut hadir pada majlis kuliah itu ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Saari Sungib.

Ditanya mengapa Mohd. Asri tidak didakwa semalam, Mohamed Khusrin berkata, bekas mufti itu ditahan bukan untuk didakwa tetapi bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan terhadapnya kerana menyampaikan kuliah tanpa tauliah.

“Macam polis menangkap penjenayah, kena dapat perintah reman dulu dan bila sudah siap kertas siasatan baru pendakwaan dibuat.

“Cuma bezanya kita tidak dapatkan waran tahanan terhadap Mohd. Asri kerana kita telah bebaskan dia dengan bon jaminan JAIS,” jelasnya.

Mesyuarat 'bahagi syer' Jumaat ini

Mesyuarat Khas Kabinet Jumaat ini

PUTRAJAYA 3 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memanggil satu Mesyuarat Khas Kabinet Jumaat ini bagi menetapkan sasaran pelaksanaan dan pencapaian program-program pembangunan untuk rakyat dalam Bajet 2010.

Sambil menyifatkan ia satu lagi pembaharuan dalam pentadbirannya, beliau berkata, mesyuarat disertai semua ketua jabatan dan agensi kerajaan itu akan menetapkan tanggungjawab, tindakan yang akan diambil serta jangka masa pencapaian muktamad bajet berkenaan.

''Mesyuarat akan turut memfokuskan siapa yang akan memantau pelaksanaan program-program dalam bajet itu.

''Saya dah beritahu Menteri Kesihatan bahawa pada minggu pertama bulan satu (Januari) tahun depan, saya nak lancar Klinik 1Malaysia. Ini kena buat kerja cepat-cepat supaya Klinik 1Malaysia ini beroperasi.

''Kita akan pantau dengan serius untuk capai matlamat ini (Bajet 2010) dan seterusnya pacu kejayaan ekonomi negara," kata beliau.

Najib berkata demikian ketika berucap pada Malam Bajet 2010 bagi meraikan para petugas Kementerian Kewangan dan sektor swasta yang terlibat dalam penyediaan bajet yang dibentangkan pada 23 Oktober lalu.

Perdana Menteri menegaskan kerajaan akan terus melaksanakan pembaharuan supaya ekonomi negara dapat dirangsang seterusnya memulihkannya seperti sedia kala.

''Kita belum mencapai objektif maksimum dalam pertumbuhan ekonomi. (Namun) kita masih ada ruang untuk tingkatkan pencapaian ini," katanya.

Bagi Najib, cabaran besar kini adalah bagaimana untuk memastikan Bajet 2010 memenuhi kehendak dan harapan rakyat.

''Kalau dipandang sekali imbas agak sukar macam mana kita nak isi kerja kita dalam melaksanakan pencapaian matlamat Bajet 2010. Ini termasuk bagaimana dalam keadaan kita kurang peruntukan pembangunan, kita nak pacu ekonomi dan memenuhi reaksi pasaran yang begitu tidak disenangi," katanya.

Namun, kata Najib, beliau akhirnya menarik nafas lega berikutan sambutan baik yang diterima daripada semua ahli Parlimen.

'Perang' MCA - UMNO buat tak nampak?

Aduihhh!! pelik bila UMNO terutama si mat sembab TPM tuh sibuk pasal sakit 'demam air' PAS tapi nazak HIV MCA langsung tak dikesahkannya!!
Sepatutnya UMNO kena risau dek masalah dalaman MCA yang terlalu jelas semakin meruncing kerana melibatkan kepimpinan tertinggi!!
Sekejap ada presiden, kejap takde.. kejap takde Timbalan presiden.. kejap dah ada.. last-last presiden takde, timbalan presiden pun takde! ape ke he nye yeob??

Sepening-pening PAS pun (kalaulah boleh dikatakan pening) takde le sampai hilang jawatan presiden atau timbalannya...
InsyAllah segala yang keruh akan jernih-sejernihnya tak lama lagi..
malahan lebih jernih daripada yang dok ada la ni!
sunsnake 4.11.2009

Jawatan Soi Lek kekal

KUALA LUMPUR 3 Nov. - MCA semakin bergolak apabila Jawatankuasa Pusat (CC) MCA memutuskan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek memegang semula jawatan Timbalan Presiden manakala Datuk Seri Liow Tiong Lai kembali kepada jawatan asalnya sebagai Naib Presiden.

Tiong Lai yang memegang jawatan No. 2 itu selama 19 hari sejak 15 Oktober lalu bagaimanapun akan mencabar keputusan ROS dan CC kerana berpendapat ia tidak mematuhi perlembagaan parti.

Keputusan mesyuarat itu diumumkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berikutan pengesahan ROS dalam sepucuk surat yang diserahkan kepada MCA hari ini.

ROS mengiystiharkan bahawa Soi Lek kekal memegang jawatan tersebut berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Agung Luar Biasa MCA pada 10 Oktober lepas.

''ROS memutuskan bahawa memandangkan keahlian Soi Lek telah dikembalikan semula melalui EGM, maka, jawatan sebagai Timbalan Presiden juga dikembalikan semula.

''Keputusan ini dibuat melalui proses pengundian di dalam CC di mana majoriti bersetuju supaya Soi Lek memegang semula jawatan Timbalan Presiden manakala Tiong Lai sebagai Naib Presiden," katanya.

Beliau juga mengumumkan, sebagai menghargai pengalaman Timbalan Presiden itu, mesyuarat turut melantik Soi Lek sebagai ketua pasukan bertindak mengenai Bajet 2010.

Mesyuarat CC di ibu pejabat parti di Wisma MCA itu turut dihadiri Soi Lek, Tiong Lai dan semua anggota CC.

Soi Lek dipecat dari MCA dan jawatan Timbalan Presiden pada 26 Ogos lepas tetapi mesyuarat CC MCA pada 29 Ogos membuat keputusan hanya menggantung keahlian Soi Lek. Bagaimanapun dalam EGM pada 10 Oktober perwakilan mengembalikan semula keahlian Timbalan Presiden parti itu.

Tee Keat juga mengumumkan bahawa mesyuarat juga menarik balik cadangan untuk mengadakan EGM bagi menentukan sama ada pemilihan baru parti patut diadakan.

Katanya, EGM yang telah dicadangkan oleh 16 anggota CC yang dibuat pada 29 Oktober lepas pula didapati tidak mematuhi perlembagaan parti dan Biro Undang-Undang akan meneliti semula cadangan mesyuarat agung tersebut.

''Mesyuarat berpendapat bahawa tidak ada faedahnya untuk mengadakan EGM baru dan ia juga akan menghakis sumber-sumber di dalam parti. Oleh itu adalah lebih baik untuk tidak mengadakan mesyuarat tersebut," katanya.

Mengenai pemecatan empat anggota CC yang dilantik iaitu Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung; Setiausaha Penganjur Kebangsaan, Yoo Wei How; Gan Hong Su dan Chai Kim Sen, Presiden MCA itu menegaskan bahawa mereka tidak dipecat sebaliknya digantikan dengan anggota baru.

Katanya, pelantikan keempat-empat anggota CC itu telah setahun dan mesyuarat menilai semula peranan mereka serta merasakan tidak menepati kehendak yang diharapkan oleh parti, sebab itu mereka diganti.

''Tiga orang anggota CC baru yang dilantik menggantikan mereka ialah Datuk Donald Lim, Chua Tee Yong dan Datuk Tan Ching Meng manakala pelantikan Setiausaha Penganjur Kebangsaan akan diumumkan kemudian,'' katanya.

Ditanya mengapa tindakan untuk menggantikan keempat-empat anggota CC baru itu dibuat pada masa ini, Tee Keat menegaskan ia perlu diputuskan oleh CC.

''Memandangkan mesyuarat diadakan hari ini maka ia adalah landasan yang sesuai untuk menentukan keanggotaan mereka,'' katanya.

Disoal adakah tindakan ini kerana mereka menandatangani surat untuk diadakan EGM bagi mengadakan pemilihan parti yang baru, beliau menegaskan ia tidak ada kaitan.

Sementara itu Soi Lek ketika ditemui memberitahu, beliau selama ini sentiasa berada di pihak yang betul dan masih lagi Timbalan Presiden parti yang sah berdasarkan kepada perlembagaan parti.

Katanya, kalau EGM mengembalikan keahliannya maka ia juga diikuti dengan pengembalian jawatan sebagai Timbalan Presiden.

''Pendirian saya masih seperti dulu dan merasakan seperti orang terkenal, sentiasa dikejar oleh wartawan," katanya.


ROS isytihar tiada kekosongan jawatan No.2 MCA

PUTRAJAYA 3 Nov. - Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini mengesahkan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek masih Timbalan Presiden MCA. Pendaftarnya, Datuk Md. Alias Kalil berkata, tidak berlaku kekosongan bagi jawatan tersebut.

Katanya, ini kerana, keputusan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA pada 10 Oktober lalu tidak memenuhi keperluan dua pertiga majoriti supaya beliau dilucutkan jawatan seperti yang diperuntukkan.

Beliau berkata, surat mengesahkan kedudukan Soi Lek itu dihantar kepada MCA hari ini.

''Bagaimanapun terpulang kepada MCA untuk menerima pandangan ROS, ini kerana ROS hanya boleh beri pendapat sahaja.

''Sama ada MCA ingin mengadakan EGM yang baru atau tidak, itu bukan bidang kuasa ROS," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Soi Lek petang ini mengesahkan telah menerima surat daripada ROS berhubung kedudukannya sebagai Timbalan Presiden MCA yang sah.


Tee Keat pecat empat anggota CC MCA


Empat ahli jawatankuasa pusat MCA yang dipecat (dari kanan) Yoo Wei How, Chor Chee Heung, Chai Kim Sen dan Gan Hong Su di Wisma MCA, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 3 Nov. - Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini memecat empat anggota Jawatankuasa Pusat (CC) parti itu yang dilantik termasuk seorang ahli yang memegang jawatan timbalan menteri.

Mereka yang dipecat ialah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung; Setiausaha Penganjur Kebangsaan, Yoo Wei How; Gan Hong Su dan Chai Kim Sen.

Chee Heung dalam sidang akhbar bersama tiga lagi bekas ahli CC itu memberitahu, pemecatan mereka merupakan usaha Tee Keat menyingkirkan individu dalam parti yang tidak sehaluan dengan beliau ke arah mengukuhkan kedudukannya sebagai Presiden MCA.

''Mungkin pemecatan ini tindakan membalas dendam terhadap kami sebagai antara 16 ahli CC yang membuat tuntutan rasmi Khamis lalu memohon pemilihan baru parti diadakan," katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini hari ini.

Anggota CC terbabit dimaklumkan mengenai pemecatan itu oleh setiausaha politik Tee Keat kira-kira 10.30 pagi ini ketika mereka dalam perjalanan untuk menghadiri mesyuarat CC di Wisma MCA.

Mereka telah diberitahu bahawa keanggotaan mereka di dalam CC digantikan dengan tiga anggota CC baru.

Chee Heung berkata, mereka terkejut dengan pemecatan itu terutama apabila ia dimaklumkan ketika MCA mengadakan mesyuarat CC penting ini bagi mencari penyelesaian terbaik untuk menamatkan kemelut dalaman parti.

''Presiden mungkin ada alasan untuk berbuat demikian, namun kenapa dilakukan ketika beliau sedang mengusahakan pelan perpaduan untuk pucuk pimpinan parti,'' katanya.

Menurutnya, mereka tidak dimaklumkan mengenai alasan pemecatan itu dan menganggap tindakan ini hanya mencetuskan masalah baru dalam parti.

Beliau juga berpendapat cara terbaik menyelesaikan krisis dalaman MCA pada masa ini adalah dengan mengadakan pemilihan baru parti, sekali gus memulihkan imej parti.

Mengenai kemungkinan pemecatannya akan menjejaskan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri, Chee Heung menjelaskan, persoalan itu tidak timbul pada masa ini memandangkan pelantikan barisan Kabinet dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

''Tee Keat berhak memecat saya sebagai anggota CC atas kapasiti Presiden MCA, namun pelantikan atau pelucutan jawatan timbalan menteri adalah hak Perdana Menteri.

''Perdana Menteri (baru-baru ini) telah meminta semua pihak tidak mempersoalkan perkara itu,'' katanya.

Menurutnya, keempat-empat mereka tidak akan mengemukakan rayuan terhadap tindakan pemecatan tersebut kerana tiada sebab untuk mereka berbuat demikian.


Tiong Lai mahu cabar keputusan ROS

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Datuk Seri Liow Tiong Lai akan mencabar di mahkamah keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengembalikan jawatan Timbalan Presiden MCA kepada Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.

Bekas Timbalan Presiden MCA itu berkata, campur tangan ROS dalam urusan parti itu tidak sah kerana berdasarkan perlembagaan parti, sebarang keputusan yang dicapai dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) adalah muktamad.

Katanya, ini bermakna keputusan EGM parti pada 10 Oktober lalu tidak boleh dipersoal, dicabar atau disemak semula di mahkamah.

‘‘ Mengikut perlembagaan parti, mahkamah juga tidak boleh mempertikaikan keputusan yang dibuat dalam EGM parti apatah lagi ROS.

‘‘Saya akan menggunakan hak saya untuk mencabar keputusan itu kerana pelantikan saya sebagai timbalan presiden adalah sah selepas EGM meluluskan resolusi untuk tidak mengembalikan jawatan itu kepada Soi Lek,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC) di Wisma MCA di sini hari ini.

2nd Boss JAIS salahkan Utusan pulak!!!

orang dah banyak kali kabo dah.. media UMNO ni memang hampeh!!!! terutamanya bapak setan Utusan dan assistannya Berita Hairan.. Yang mamat JAKIM ni tiba-tiba salahkan wartawan tu memang sengaja menempah masalahlah... mengikut pembacaan teman di blognya, memang agak lama dia bengang dengan Dr. Maza ini atas alasan wahabinya..
Wallahua'lam.

sunsnake 4.11.2009


Penolong Pengarah Jakim Sudah Panas Punggung


Penolong Pengarah JAKIM sudah panas punggung!!!

Penolong pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin al-Ghari(foto) mendakwa wartawan akhbar Utusan Malaysia membuat kesimpulan yang salah terhadap kenyataannya berhubung status ijazah bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Katanya, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang mendakwa bahawa Dr Mohd Asri mempunyai kelayakan palsu dalam bidang syariah dari Universiti Jordan.

Jelasnya, beliau hanya memberi kesimpulan bahawa Dr Mohd Asri bukan seorang ahli hukum dan tidak layak dilantik ke jawatan mufti.

Dr Mohd Asri hari ini dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Zamihan berdasarkan kenyataannya yang dilaporkan dalam Utusan semalam.

"Kalau dia nak saman, samanlah Utusan, bukan saman saya," kata Zamihan ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"Itu bukan tafsiran saya (kelayakan palsu), bukan dipetik daripada keterangan saya, sebaliknya (tafsiran) daripada wartawan (Utusan Malaysia)," jelasnya.

Menurut Zamihan, ketika dihubungi wartawan Utusan Isnin lalu, beliau tidak ditanya mengenai ijazah Dr Mohd Asri yang dipalsukan.

'Laporan salah'

"(Wartawan) bukan tanya palsukan kelulusan tapi dia tanya saya, status sebenar ijazah Dr Asri.

"Saya kata Dr Asri cuma ada ijazah sarjana muda bahasa Arab daripada fakulti sastera Universiti Jordan, bukannya mempelajari jurusan syariah dan pengajian Islam.

"Laporan daripada (akhbar Utusan) lah yang salah kerana dia kata saya dakwa dia palsukan Ijazah," jelasnya.

Katanya lagi, Dr Mohd Asri tidak mendasari ilmu di bidang syariah dan pengajian Islam kerana bekas mufti itu hanya seorang lulusan bahasa Arab.

"Dia bukan seorang ahli hukum, maksudnya bukan seorang yang mahir tentang al-Quran, hadis tafsir atau fekah.

"Beliau hanya belajar bahasa Arab, macam mana dia dapat menggali ilmu Islam, apatah lagi untuk berinteraksi secara mendalam tentang al-Quran dan hadis.

"Kalau ada (kelulusan) syariah dan pengajian Islam barulah layak dilantik ke jawatan mufti," katanya lagi.

sumber - Bloglist Malaysia

Sunday, June 14, 2009

Seloka Pengkhianat Hidup Melayu!!!

Kadangkala aku rasa bimbang..
dengan nasib bangsaku..
dengan nasib agamaku..
dengan nasib diriku..
dengan nasib keluargaku..
dengan nasib negeriku..
dengan nasib negaraku!!

Melayu... makin layu..
Tanah makin kurang..
Yang ada dulu kini dah berpunya...
yang ditepi jalan utama.. yang mahal.. yang subur..
semua dah dibeli oleh 'si mata sepet'!

Dulu.. kaum ini merayau menjual sayur di kampung-kampung..
Ntah melayu bangsat,setan,mangkuk mana yang setuju..
Orang Melayu dok kat kampung... Orang Cina duk kat Bandar.. Orang India duk kat Estate!!
Hakikatnya.. kebandar lah semua kaum menuju!
Dan disesampai di bandar 'si mata sepet' dah sapu semua dulu..
Dari nak mandi pagi sampai nak tido malam.. semua keperluan kena cari 'si mata sepet' itu..
Sebab dia sahaja yang mampu dan pandai meniaga ketika itu..
Abis?? dah dia majoriti dok bandar??
Logiklah dia kuasai perniagaan di bandar!!
Yang melayu bangsat ikut buat apa dulu??
Pi la duduk kampung tangkap burung tangkap puyu!
Cukup time, mampos kena tanam selalu..
nak buat macam mana yop!
"Menteri-menteri tu deghoyan.. kite ni mentimun..
menggelek luke... digelek lukee..."

Opsss!! tak cukup tanah bandar.. Tanah pulau dibagi kat 'si mata sepet'!
Pulau Singapura diserah selamat..
tak pernah berlaku didalam alam ini..
Negara sendiri diserah di dalam aman!
Siap senyum tanda keamanan..
Kepala hotak ko! dah lupa ke kat Leftenan Adnan??
Sampai mati Pulau Singapura dipertahan!
Last-last pada 'si mata sepet" diserah dek Abdul Rahman!
takpee.. Demi Perjuangan Bangsa! Agama!! Dan Negara!!
Hidupp Melayu!!!!!!! Bangsat-bangsat ini laungkan!


kini anak melayu dah jadi kuli..
bekerja di gedung-gedung mereka 'si mata sepet'
Menjadi hamba mengharap sesuap nasi dan duit..
untuk meneruskan kehidupan setelah dilahirkan oleh mak melayu dan ayah melayu..
mak cina atau ayah melayu.. mak melayu atau ayah cina..
mak melayu atau ayah india.. mak india atau ayah melayu..
janji ada benih melayu!!!

Apa puncanya??
dulu Tuan sekarang kuli??
Dulu berkuasa kini tuli?
Adakah pernah bangsa lain menjadi Perdana Menteri?
Semua bersongkok,berkeris melayu sejati!
Cuma ayat-ayat Al-Quran tak berapa nak kaji!
Kalau terkaji pun siap minta olah sekali lagi!!
Agar sesuai dengan zaman ini!
Agar senang kira dengan suku-sakat kroni!
Melayu makin sesat dia tak peduli!
Janji balik mahligai dah ada bini menanti..
Tak kisah siapa sampai bini yang dok ada la ni..
Dah sama besar dengan kereta sendiri!
Makin lemah dek tak ikut ajaran Nabi!
melayu dah melarat sampai tahap ada yang bunuh diri!
Sampai sanggup pinjam di lintah darat pun berani..
Hanya terdesak mencari nasi ?

Mana agama?? Mana motivasi?
Mana Menteri?? Mana Dato' Seri?

Kemana menghilang kuasa melayu?
ke kuasa dipegang bangsawan..
melayu lain jadi kuli??
Sebab Melayu jenis ni dah lama diberi..
Setiap tahun PWTC tak pernah miss walau sekali!
Gila koo!!! tak pergi tak masyukkk!! Siapa nak beri?
Idak sia-sia perjuang selama ini..
Dari ahli biasa dah jadi Ketua Bahagian la ni!!!

Suatu hari di bengkel motor..
Aku termenung melihat anak melayu sorang ni merepair motorku..
Sedangkan tokey bengkel "si mata sepet" sedang bergelak ketawa bersama amoi menonton televisyen di dalam..
jelas dapat kulihat dari tepi motorku..
'Wah!' begitu santainya mereka..
apa nak heran.. diluar sana.. didalam kedai mereka..
ada seorang melayu sedang menunggu motor di'repair'..
dan ada seorang melayu juga sedang merepair motor tersebut!!
Kejap lagi duit pasti bertukar milik!
Yang pasti 'si mata sepet' akan dapat lebih..
lebih daripada yang merepair..
lebih daripada yang direpair!!

Malamnya di pekan..
terlihat mat rempit a.k.a Samseng Jalanan melayu..
dibonceng minah rempit a.k.a Jalang melayu!
Ohh!! Ini melayu yang repair motor tadi..
patutlah bertaraf kuli!
moral takde agama apatah lagi!!
udah betina melayu diusung macam nak buat bini!
Ntah mak kamu ndak atau nak bagi kaki!
Badan dan runtuh! dah langsung tak berseri!

Pernah jugak aku tengok budak muda 'si mata sepet' dibonceng betina jalang melayu!
Rasa nak terajang tapi tak tau yang mana satu?
Rasa nak bunuh tapi teringat bilik akhir di penjara pudu!
Pernah aku lawat masa rombongan sekolah dahulu...

Tapi.. tak pernah pulak aku tengok amoi 'si mata sepet' bonceng moto melayu?
Ye laa... semuanya bertaraf kuli!! siapa nak ikut beradu?
Dah la muka buruk! Badan busuk! Kaki cagu!
Memang sampai mati takkan dapat amoi 'si mata sepet' tu!

Inilah yang aku katakan tadi..

Kadangkala aku rasa bimbang..
dengan nasib bangsaku..
dengan nasib agamaku..
dengan nasib diriku..
dengan nasib keluargaku..
dengan nasib negeriku..
dengan nasib negaraku!!