Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, November 12, 2012

Pemuda UMNO Mampu Ke Buat Macam Ni?

 Isytihar harta? mamposss aku!!





KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR


PEMUDA PAS SELANGOR TURUT SOKONG PENGISYTIHARAN HARTA

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor turut menyokong penuh kenyataan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat supaya semua Exco Dewan Pemuda PAS Pusat melakukan pengisytiharan harta masing-masing di dalam Muktamar Penuh Dewan Pemuda PAS Pusat di Kelantan pada minggu ini samada mereka akan dinamakan sebagai calon pilihanraya ataupun tidak.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan tindakan ini adalah satu kewajaran yang boleh membentuk persepsi masyarakat bahawa pimpinan PAS terutamanya pimpinan Pemuda PAS Pusat bukanlah seperti pemimpin-pemimpin Pemuda Umno dan Barisan Nasional yang bergelumang dengan kekayaan hasil dari wang yang bukan sebenarnya milik mereka.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berpendapat dengan pengisytiharan ini juga akan dapat memperlihatkan ketelusan dan kebertanggungjawaban pimpinan Pemuda PAS Pusat di dalam menjaga amanah perjuangan parti dengan tidak mengumpulkan harta dan bermewah-mewah melalui tindakan yang tidak sewajarnya. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor cukup yakin dan percaya bahawa pimpinan Pemuda PAS Pusat mempunyai integriti yang cukup tinggi dan penuh bersedia untuk melakukan pengisytiharan harta masing-masing di dalam Muktamar Pemuda PAS Pusat nanti.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor turut mencabar supaya pimpinan Pemuda Umno dan Barisan Nasional supaya dapat juga melakukan pengistiharan harta masing-masing sepanjang mereka diberikan amanah memimpin parti masing-masing. Jangan hanya pandai berkokok mahukan pemimpin yang bersih dan mempunyai integriti tetapi tidak berani untuk mengisytiharkan harta sendiri untuk penilaian rakyat. Selain itu juga, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan supaya pihak YAB Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, ahli jemaah menteri kabinet berserta pimpinan Umno dan Barisan Nasional di semua peringkat supaya dapat melakukan pengisytiharan harta masing-masing secara terbuka sepertimana yang telah ditunjukkan oleh kepimpinan kerajaan PAS Kelantan dan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. 

SAUDARA MOHD SANY BIN HAMZAN
TIMBALAN KETUA PEMUDA merangkap PENGERUSI LAJNAH POLITIK
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

12 November 2012

2 comments:

Abam Kie said...

Salam. Semua wakil rakyat kena isytihar harta. TQ sbb pernah jd follower blog asal sy iaitu www.jukdin.com. Tapi blog itu telah ditutup dan saya kini menulis dari jukdin.blogspot.com.

Anonymous said...

WOI ANJING KURAP DAP!!!!!TAKDA CERITA TERBARU KE DALAM BLOG ANJING DAP MACAM KAU NI??TAKDA KE ENTRY PASAL KALIMAH ALLAH YANG NIK NAJIS & HADI NYANYUK BERIYA SETUJU ORG BUKAN ISLAM GUNA DALAM BIBLE BAHASA MELAYU TU???DOA K.O. BN YANG PARTI AJARAN SESAT BUAT KAT KELANTAN TU DAH KENA BATANG HIDUNG SENDIRI KE???LAIN KALI ALLAH TU BAGI KEPALA OTAK TU SURUH PIKIR YANG BAIK-BAIK,SURUH TULIS YANG BENAR,BUKAN NAK JAHANAMKAN SESAMA UMAT ISLAM...SEDARLAH SIKIT PARTI AJARAN SESAT YANG KO BANGGAKAN SANGAT NI CUMA JADI ANJING SURUHAN DAP & PKR JE...JANGAN BERANGAN NAK JADI JAGUH DALAM FUCKATAN LER!!!!!!!!!