Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, April 17, 2012

Ketua 'Kegelapan" UMNO lagiii!

Wajah yang digeruni oleh Ahmad Maslan dan isa Samad!


"Yang bijaksana adalah kerajaan BN, kerana kita memansuhkan ISA dan kita juga bentang akta menggantikan ISA yang cukup rapi, teratur, terlaksana bagi menjaga keselamatan negara," katanya.

Woi Ketua Kegelapan UMNO Malaysia!
Yang jauhhh lebih bijaksana adalah rakyat yang menentang dan berdemonstrasi di KL minta hapuskan ISA!
Diwaktu itu... kamu dan UMNO menyokong tindakan ganas polis yang menghentam dan membelasah kami!

Dan kini mengaku bijaksana pulak sebab korang hapuskan ISA?

phuiiiii!!! (bak kata Armand Perkasa!)

budakbalun 17042012

Umno: Pembangkang 'populis semberono'
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, Malaysia masih kekal bertahan sehingga kini kerana ditadbir oleh barisan kepimpinan yang bertanggungjawab.

Katanya, Atas sebab itulah menurutnya, sokongan rakyat terhadap kerajaan sedia ada kini semakin dilihat semakin memuncak.

Katanya, ia berbeza dengan pembangkang, yang dianggap mengamalkan politik "populis semberono" dan rakyat semakin mengenali tipu helah pembangkang.

"Saya kata pembangkang pembohong sebab janji, mereka tidak tunaikan. Mereka tidak tunaikan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan lama sudah tidak tunaikan janji di Kelantan.

"Yang bijaksana adalah kerajaan BN, kerana kita memansuhkan ISA dan kita juga bentang akta menggantikan ISA yang cukup rapi, teratur, terlaksana bagi menjaga keselamatan negara," katanya.

Beliau berkata, setiap yang dilakukan pembangkang tanpa mengira duit yang datang dari mana ia berbeza dengan BN yang memikir kekuatan kewangan negara terlebih dahulu.-Mkini

1 comments:

IbnAbdHalim said...

Yang masih bertahan memerintah Malaysia sejak lebih setengah abad bukan sebab rakyat menyokong tapi kerana pemimpin UMNO/BN bijak. Ya, bijak! Bijak menipu dalam pilihanraya setiap kali diadakan dan berjaya memperbodohkan orang Melayu, terutamanya para pecacai UMNO sendiri sekian lama. Kalau tak tipu dan tak perbodohkan rakyat dah lama UMNO gulung tikar.