Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, March 22, 2012

Laaaa.. Maslan.. Awat Tak Bagitau Awal-awal???

Aiseh!!
Ada banyak kemusykilan dengan jawapan 'bersahaja' Ketua Kegelapan UMNO Malaysia nih..
Guna Pelabuhan Israel untuk hantar minyak/lelemak ke Palestin?

Aikkk??
Hantar misi kemanusiaan guna kapal laut Mavi Mavara pun kena serang sampai syahid beberapa orang der!
Takkan nak hantar minyak ke Palestin slumber je Israel sign goods shipment form?
'Indahnya' budi bahasa Israel kat Syarikat minyak sawit Malaysia tu?
Ilmu apa syarikat tu pakai?

Kalau tahu dia ada ilmu tu, baik tak payah guna Mavi Mavara itu hari!
sia-sia je kena attack dengan askar Israel!

Adehhhh!!
Ngaku aje la minyak sawit tu jual ke Israel!

aduhhh!!
Rakyat tak marah pun...
Cumanya bersedialah jadi pembangkang lepas PRU13 nehhh!
Ameen!

budakbalun 22032012

Felda guna pelabuhan Ashdod, tak eksport ke Israel

Kumpulan Felda tidak pernah mengeksport mana-mana produk ke Israel menerusi anak-anak syarikatnya termasuk Felda-Iffco Sdn Bhd (FISB), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan hari ini.

Beliau berkata FISB hanya membuat penghantaran ke Palestin pada 2010 dan 2011 bagi memenuhi pesanan untuk pasaran tempatan dengan menggunakan pelabuhan Ashdod di Israel, kerana tidak mempunyai saluran penghantaran lain.

NONE"Semua produk itu yang terdiri daripada minyak pukal dan lelemak adalah untuk dihantar ke Palestin," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di Kuala Lumpur.

Beliau mengulas dakwaan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat yang mendakwa Felda mengeksport minyak kelapa sawit ke Israel.-mkini

1 comments:

Amuraria said...

STATEMENT DARI SPESIS FEEDLOT KOT ! HANYA LEMBU SAHAJA BOLEH PERCAYA CAKAP MANGKUK KELENTONG NI !