Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, February 23, 2012

KUPEKMAS pulak dahhhhh??

contoh saja haaaa!

KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

KUPEKMAS CALAR IMEJ PENJAWAT AWAM

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR melihat agenda penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Kelab UMNO Pesara Kerajaan Malaysia (KUPEKMAS) sebagai satu tindakan terdesak pihak kerajaan Malaysia untuk memberikan tekanan kepada penjawat-penjawat awam yang masih belum bersara dari perkhidmatan mereka. Ini terjadi apabila kebelakangan ini ramai bekas-bekas kakitangan awam yang telah secara terbuka menyokong dan menyertai parti PAS dan Pakatan Rakyat.

Penubuhan KUPEKMAS adalah didalangi oleh ‘pembodek-pembodek Umno’ yang telah memberikan khidmat kepada Umno walaupun masih berkhidmat sebagai penjawat awamsebelum daripada ini. Dan dengan dinaungi oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, sudah pasti NGO ini mempunyai muslihat yang tertentu untuk mempastikan kakitangan awam sekarang terus memberikan sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga melihat KUPEKMAS adalah hasil daripada kegusaran Umno dan Barisan Nasional di dalam menghadapi gelombang ‘penghijrahan’ bekas-bekas kakitangan kerajaan yang telah bersara yang kini telah menyertai PAS dan Pakatan Rakyat dan berceramah di seluruh negara menceritakan keburukan dan kerosakan yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional di dalam mengurus tadbir negera ini.

Pesara-pesara kerajaan seperti Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid, bekas pegawai tinggi TLDM, Datuk Adnan Ibrahim, bekas pengarah pendidikan negeri Perak, bekas pengarah kastam negeri Kedah, Hj Ishak dan beberapa orang lagi yang kini sedang rancak ‘berceramah’ di atas pentas PAS menceritakan segala tingkah laku buruk pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional yang menggunakan segala kekuasaan yang ada untuk kepentingan diri, ahli keluarga dan kroni-kroni mereka. Umno dan Barisan Nasional telah ‘mengurung dan mengunci mulut’ kakitangan kerajaan semasa dalam perkhidmatan dangan ancaman dan ugutan supaya mereka menjadi ‘hamba’ yang setia kepada kerajaan.

Kini ramai kakitangan awam telah sedar kemampuan pemerintahan Pakatan Rakyat dari sudut urus tadbir negara apabila melihat kejayaan dan kecemerlangan kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang manjaga kebajikan kakitangan awam mereka sedangkan kerajaan pusat sehingga kini masih lagi mengabaikan kebajikan kakitangan mereka dan hanya meniru polisi-polisi yang diperkenalkan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyeru seluruh kakitangan awam di seluruh negara menolak agenda KUPEKMAS dan memberikan sokongan kepada agenda perubahan yang akan menitikberatkan kebajikan dan memartabatkan kakitangan awam oleh Pakatan Rakyat.

USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN

KETUA PEMUDA

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

23 Februari 2012

1 comments:

Anonymous said...

Orang2 Trengganu tentu gelihati besar dengar nama'Kupekmas' dan tersipu-sipu mahu menyebutnya!Di pantai Timur istilah 'kupek' atau 'kopek'membawa maksud buah dada org perempuan....