Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, November 14, 2011

PKR Degil dan Langsung Tak Cerdik!!!

Sound dalam banner aje lah! debat?? awww!! Tak berani nyahhhh!!


Ishhh!!
Dah berpuluh-puluh posting teman pasal ngajak UMNO debat neh!
Dah berbuih mulut bercakap..
Dah lenguh tangan dan jari menaip..
Dah naik lusuh blog budakbalun neh!!

Tak paham-paham lagi??

baik PKR.. baik PAS.. baik DAP..
Tak faham-faham ke??

Perkataan 'debat' ni boleh menyebabkan UMNO jadi tikus!
UMNO hanya boleh jadi singa di hadapan wartawan dan jurukamera TV3 dan RTM sahaja..
Ataupun Astro..

Depan rakyat?
Depan pencacai UMNO ok.. memang bergegor langit mendengar tempik soreh UMNO!

Errr.. debat??
iskkkk!! Jangan sebut perkataan tuhh!!
Mau terkencing dalam seluar karang!!
sebab yang nyata..
mulut dah pernah berbuih!!

errr.. kalau Presiden UMNO pun ketakutan diajak berdebat..
inikan pula Ketua Pemuda!

Wakakakakakak!!

Ibarat anjing menyalak bukit la Rafizi oiiii!!!

budakbalun 14112011

Skandal NFC: Rafizi cabar Khairy debat

KUALA LUMPUR, 14 Nov: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengucapkan terima kasih kepada Khairy Jamaluddin, ahli Parlimen Rembau dan Ketua Pemuda Umno yang tampil cuba memberi beberapa penerangan mengenai kemelut penyelewengan wang rakyat dalam Projek Fidlot Kebangsaan yang semakin memualkan rakyat.

“Sejak PKR mendedahkan perkara ini, beliau menjadi satu-satunya pimpinan Umno yang paling lantang membela NFC.

“Beliau juga dengan sukarela menjawab pelbagai persoalan walaupun beliau tidak ada apa-apa portfolio di dalam kerajaan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Malah, beliau berkata, Khairy melantik diri sendiri sebagai pegawai media dan jurucakap rasmi kepada NFC sejak kebelakangan ini.

“Kalaulah beliau benar-benar dilantik oleh NFC untuk bercakap bagi pihak mereka, maka NFC telah melantik seorang jurucakap yang memberikan jawapan yang paling dangkal berhubung skandal pembelian kondominium mewah menggunakan dana rakyat,” ujarnya.-Harakahdaily

2 comments:

bunbinban said...

gigil gua baca banner tu....hish..mesti kes tak dapat lembu ni....hahaha

Anonymous said...

Lembu-lembu fidlot dah mengamuk tak dapat masuk dok KONDO. Bahaya yeop LEMBU NAIK MINYAK NIE.

-wakleman