Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, September 23, 2011

Bukti Kegagalan MB Pakatan Rakyat! Cis!


"Apa la MB Khalid neh!! macam mana pulak Kerajaan Selangor boleh dapat menyimpan sampai RM1.1 Bilion neh? Dalam masa yang sama boleh pulak bagi air percuma! Boleh pulak buat macam-macam skim! Anak-anak Selangor dapat offer masuk IPT leh dapat duit.. bukan pinjaman! Warga emas leh dapat Skim Usia Emas.. Anak-anak Selangor yang baru lahir leh dapat Tabung Warisan Anak Selangor!..

Punya la banyak skim-skim ni, boleh pulak simpan lagi untuk Kerajaan negeri!!! Cheisss!!

Patutlah kontraktor-kontraktor UMNO kat Selangor ni makin lama makin nak mati...
memang pengkhianat lah MB Khalid ni!!

Pengkhianat melayuu!!! ehh silap! Pengkhianat UMNO!!!"

-getus hati seorang Ketua UMNO cawangan di Hulu Selangor agaknya....

wakakakakak!

mari kita baca jap lagi apa kata pencacai!

budakbalun 23092011

Simpanan tunai Selangor RM1.1b, rekod 28 tahun

SHAH ALAM, 23 Sept: Dalam tempoh enam bulan tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor berupaya menambah simpanan tunai sebanyak RM200 juta, menjadikannya RM1,100 juta.

“Jumlah ini merupakan rekod kewangan paling baik negeri bertuah ini dalam tempoh 28 tahun,” kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau menyatakan demikian pada Majlis Santapan Malam anjuran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan di Pusat Konvensyen Shah Alam, malam tadi.

Selain Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurutnya, pada akhir tahun lepas, simpanan tunai Kerajaan Negeri Selangor berjumlah sebanyak RM918 juta.

Secara keseluruhan, katanya, kejayaan Selangor memperkasa pembangunan dan melestarikan kemajuannya adalah dengan restu, nasihat dan sokongan penuh Tuanku Sultan terhadap kerajaan negeri sekarang yang mengamalkan tadbir urus yang telus, bertanggungjawab, berhemah dan berhemat.

Katanya, Negeri Selangor juga telah menunjukkan peningkatan yang begitu ketara di dalam jumlah pelaburan dalam negeri.

Jelasnya, semenjak 2008 hingga Jun 2011, Selangor telah berjaya menarik pelaburan berjumlah lebih RM35,000 juta.

Ini bermakna, ujarnya Kerajaan Negeri Selangor sekarang bukan sahaja berjaya meningkatkan hasil negeri tetapi juga berjaya melaksanakan pengurusan kewangan dengan cekap dan berkesan.-Harakahdaily

7 comments:

Anonymous said...

Salam 1Malaysia

Segagap-gagap TS Khalid.. pandai dia menabung demi masa depan Negeri Selangor..

DS Khir Toyo.. sehensem-hensem akibat suntikan BOTOX.. songlap duit lagi ada..

Cuba kita tarik nafas.. tahan 3-4 saat dan lepaskan nafas.. dan berfikir sejenak...

MANAKAN YANG LEBIH BAIK & BERTANGGUNGJAWAB?

FIKIR SENDIRI.. GUNA AKAN AKAL FIKIRAN YG DI BERI OLEH PENCIPTA KITA...

SEJAHTERA MALAYSIA

mr edz said...

UMNO bodoh

Anonymous said...

Tu pun ada lagi nak ambek UNMO jadi pemegang amanah. dan perintah pulak
. nak cari susah sokong lah UMNO PRU akan datang.

budakbalun said...

mana la suara2 pencacai nih!!
dok tunggu gak nehhh!!

waakakaka!

Amuraria said...

BARUA BARUA PENYELEWENG UMNGOK@APCO AKAN KATA 'BERAPA RUGILA KITA TAK PERINTAH SELANGOR,NAK SONGLAP,SAUK DAN KELENTONG HARTA RAKYAT DAH TERLEPAS ! APA LA PUNYA BODOS RAKYAT SELANGOR BAGI PIMPINAN PR PERINTAH RUGILA KITA KAHKAHKAH ! TENGOK ANAK TOYOL KAYO DEPA HAHAHA !

Anonymous said...

Itu baru pemerintahan yang adil pada rakyat yang memerintah... Allah telah bukakan pintu rezeki.

Jika pemerintahan yang dilaksanakan adalah dalam roh Islam yang menumpukan pemerintahan yang bertakwa kepada Allah secara kaffah...pasti Allah akan mengurniakan lebih banyak rezeki yang tak disangka-sangka dengan penuh keberkatan dan kerahmatan.

Semoga Allah lanjutkan pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan negeri-negeri yang lain.

Anonymous said...

KAH... KAHH... KAHH...

UNTUNG UNDI BN...

MAKIN LAMA MAKIN BANGANG..

KAH.. KAHH.. KAHH..