Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, July 18, 2011

Lagi Bukti Saheh! UMNO Ikhlas...

Adehhh!! wakakakaka!

hehehe..
Itu dengan supplier sendiri tuh!
Supplier tu pulak kompom-kompom kroni-kroni puak-puak tu jugak!
Pun kena kenc*ng!!

Kalau kroni sendiri pun leh kena kenc*ng..
Inikan pulak lah rakyat yang tak seberapa nih!

Nasib la Rakyat Malaysia oiiii..

p/s: Lawyer UMNO si hafarizam ni memang terror laa..
tak pernah dengor dia kalah lagi di mahkamah bila wakili UMNO.. perghh!!! dasatttt!

budakbalun 18072011

Kos PRU 2004: BN dapat ketepi penghakiman ingkar

July 18, 2011

KUALA LUMPUR, 18 Julai — Mahkamah Tinggi menolak rayuan dikemukakan sebuah syarikat pembekal terhadap keputusan mahkamah untuk mengetepikan penghakiman ingkar terhadap Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan dua lagi berhubung dakwaan tidak membuat pembayaran bagi pembekalan bahan-bahan pilihan raya bernilai RM218 juta pada pilihan raya umum 2004.

Menurut laporan Bernama Online, Hakim Mohamad Ariff Md Yusof turut memerintahkan plaintif, Elegant Advisory Sdn Bhd untuk membayar kos RM1,000 kepada Tengku Adnan serta dua lagi defendan iaitu Bendahari Agung BN Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan pegawai awam BN.

Mohamad Ariff semasa membuat keputusan di kamarnya hari ini menetapkan 21 Jun bagi permohonan defendan mengetepikan saman utama.

Elegant Advisory memfailkan saman pada 17 Februari lalu selepas saman awal pada 2009 ditolak apabila Umno berjaya mengetepikan saman atas alasan bahawa plaintif tidak mematuhi Akta Kontrak 1950.

Dalam saman ini, plaintif pada awalnya memperoleh penghakiman ingkar pada 7 Mac dan defendan memohon untuk mengetepikan perintah itu pada 24 Mac.

Timbalan Pendaftar membenarkan permohonan defendan pada 23 Jun.

Dalam writ samannya, Elegant Advisory mendakwa ia terbabit dengan kegiatan membekalkan peralatan pilihan raya, pengangkutan serta penerbitan dan pada pilihan raya umum ke-11 pada 2004, ia membekalkan BN dengan pelbagai peralatan pilihan raya yang diperlukan.

Syarikat itu mendakwa telah menghantar invois RM218,013,475 namun defendan gagal membayarnya.

BN diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun manakala plaintif diwakili Nazruddin Abdullah. - malaysian insider

0 comments: