Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, July 7, 2011

BERSIH 2.0 - Indahnya Demokrasi Malaysia!

Malas nak komen..
Kalau sudi kome bace aje le yeeee!!

wakakakakaka!!

budakbalun 07072011

IGP: Jangan 'degil', berhimpun di luar KL

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mencadangkan BERSIH 2.0 bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Melawati di Shah Alam dan memohon permit polis secepat mungkin di bawah nama sebuah pertubuhan berdaftar ataupun individu.

"Saya juga mengesyor agak perhimpunan di luar Kuala Lumpur kerana Kuala Lumpur sesak. (Ia) boleh menggangu lalu-lintas, peniaga dan orang ramai awam yang tidak teribat (dengan perhimpunan itu).-mkini

Kementerian Pelajaran bekal borang pantau guru, pelajar

Semua Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri diarah membekalkan butiran pegawai, guru dan kakitangannya yang mungin menyertai perhimpunan haram Sabtu ini.

Borang yang dinamakan 'Pemantauan Penglibatan Pegawai/Guru dalam Perhimpunan Haram atau Gerakan Yang Mengancam Keselamatan Negara' itu dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran.

Semua pengarah dikehendaki mengisi butiran mereka yang terlibat termasuk nama, nombor kad pengenalan, alamat institusi dan nombor telefonnya.-mkini

JPA arah k'tangan awam tak hadiri himpunan haram

Tertekan dengan hasrat rakyat yang mahu meneruskan perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan pekeliling melarang penglibatan pegawai awam terbabit dengan perhimpunan haram atau gerakan yang mengancam keselamatan negara.

Pekeliling bertarikh 30 Jun yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah, bagaimanapun tidak menamakan mana-mana perhimpunan.

Pada 9 Julai ini, tiga perhimpunan dirancang yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), PERKASA dan juga Pemuda Umno.

Abu Bakar, dalam pekeliling tiga halaman yang dialamatkan semua ketua setiausaha kementerian, ketua jabatan persekutuan dan setiausaha kerajaan negeri mengingatkan kakitangan awam supaya tidak terbabit secara aktif, menghadiri atau menggunakan peralatan pejabat untuk penganjuran mana-mana gerakan ataupun perhimpunan haram.-mkini

Polis: Perintah mahkamah halang 91 individu

Polis Kuala Lumpur telah mendapat perintah larangan daripada majistret untuk menghalang 91 pemimpin daripada tiga kumpulan utama yang merancang untuk berhimpun pada 9 Julai. Perintah berkenaan melarang semua individu tersebut -- daripada PERKASA, BERSIH 2.0 dan PATRIOT supaya tidak hadir atau mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh (kanan) berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.-mkini

0 comments: