Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, June 20, 2011

BERSIh 2.0 - Inikah senjata 'terakhir' UMNO-BN?


Hok aloh..
Sampai tahap ni usaha UMNO-BN nak gagalkan himpunan terbesar dalam sejarah Malaysia 2.0 ni?
Dah sampai tahap nak kena batalkan demo baru boleh jumpa SPR?
Hok aloh? cemane leh jadi cenggini?

Hari siap nak guna ISA..
Habis semua persatuan dan pertubuhan yang ada diMalaysia ni diarahkan oleh UMNO untuk buat report polis terhadap penganjuran BERSIH 2.0 tuuu..

Mana punya idea plak yang kalau nak jumpa SPR kena batalkan demo neh?
Demokrasi bapak siapa UMNO-BN guna neh?

Bukan dah beratus pertemuan ke antara SPR dan pihak-pihak yang tak berpuas hati dengannya diadakan sebelum ni menemui jalan buntu?
Mana tak buntu? Lepas pertemuan-pertemuan tersebut,
SPR kompom kena tanya balik kat UMNO "boleh ke tak boleh duhai UMNOku sayangggg"..
kompom lah UMNO kata tak boleh!

Aduhhhh!!! takut bebenor UMNO-BN dengan BERSIH 2.0 ni ye?
Cer UMNO-BN buat tak tau je dengan himpunan ni..
kompom taklah rakyat kampung-kampung tahu apebendenya BERSIH nih!
La ni.. orang kampung dah tahu nama 'BERSIH' nih!
Siap bertanya pulak pada anak-anak deme yang balik dari bandar..
Hmmm.. apa lagi... bertambah lah pencerahan mereka!
InsyaAllah...

Jom turun 9 Julai wehhhhh!!!

budakbalun 20062011

SPR sedia jumpa BERSIH jika batal perhimpunan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia mengadakan pertemuan dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dengan syarat gabungan tersebut membatalkan perhimpunannya pada 9 Julai ini, kata pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

"Kita bincang tetapi dengan syarat begitulah, tetapi jika nak mengadakan demonstrasi dan jumpa kita hanya sebagai "rubber stamp" atau alasan sahaja, tidak ada maknalah.

"Pada saya, demonstrasi itu tidak menyelesaikan sebarang masalah. Pindaan undang-undang tidak akan terjadi dengan sendirinya kerana demonstrasi, atau permohonan mereka akan diterima, tidak mungkin," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan kumpulan itu yang tetap mahu mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini-mkini

3 comments:

tungkaran hati said...

Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....!
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah Negara Islam yang berdaulat bukannya negara kebajikan seperti yang dikehendaki oleh DAP!

budakbalun said...

aduyai tungkaran sahabatku..
abis semua blog dan facebook kamu copy paste ayat yang sama..

rajin2 la sikit menulis yang baru...
hujah tak kuat laaaa

Anonymous said...

Ketua UMNO bahagian manalah yang tolong tulis ayat-ayat di atas agar kau boleh copy & paste. Kalau beginilah UMNO terus memerintah, boringlah... suka main cut & paste... contoh terbaik 1 Malaysia, yang dicut dan paste dari 1 Israel, pengisian 1 Malaysia pun sama dengan 1 Israel. Contoh lain yang dicut dan paste ialah Himpunan Sejuta Belia yang diciplak dari Himpunan 30K Pemuda PAS, jumlah cuti bersalin Kerajaan Kelantan, cuti hari Sabtu yang ditiru dari Kelantan. Malulah sikit weiiiiiii.

Ini petanda bahawa PAS lebih layak menggantikan UMNO dalam pentadbiran negara tidak termasuk perangai buruk UMNO. PAS akan terus bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat walaupun selepas UMNO/BN ditumbangkan, insyaAllah selagi mereka tidak memperkotak-katikan Islam.