Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, May 9, 2011

Che Det Hina Nik Aziz? Rasulullah SAW pun dia pernah hina!


Sejak Bila UMNO 'Concern' Perjuangan Islam PAS?

Semenjak dua menjak ni..
Semakin banyak kenyataan daripada pemimpin-pemimpin UMNO
yang menjurus kepada mengambil berat akan 'perubahan' perjuangan PAS kononnya..
Bukan sahaja pemimpin UMNO.. malahan pencacai UMNO di alam cyber ini pun..

Ayat-ayat yang menyatakan kesedihan kononnya PAS telah kehilangan perjuangan lahh..
PAS semakin melupakan perjuangan Islam lahh..

ehhh?? Sejak bila UMNO mengaku PAS memperjuangkan Islam?
Bukan sejak dulu UMNO tak mengakui akan Islam yang PAS perjuangkan?
Bukan itulah 'ratib' UMNO sejak dulu?

Kini bukan takat DS Najib yang 'bimbang' dengan kononnya perubahan PAS,
Dr Mahathir yang bukan main 'berbulu' dengan PAS pun kini membuat kenyataan yang dia bimbangkan perubahan PAS!

Adehhh!!
Sejak bila PAS berubah?
Teman yang dok dalam PAS sekian lama langsung tak nampak pun apa-apa perubahan prinsip didalam perjuangan?
Berubah tang mana?
Yang pasti, PAS semakin berubah daripada tidak ada apa-apa kepada menjadi tonggak pemerintahan 2 buah negeri disamping menjadi rakan pemerintahan kepada PAS dan DAP di beberapa buah negeri yang lain..

Contoh di Selangor, daripada sering dihalau oleh orang-orang UMNO daripada cuba memberi pendapat dalam organisasi masjid..
Kini boleh kata 90% Nazir dan AJK masjid di Selangor dan Pulau Pinang adalah ahli-ahli dan penyokong PAS!
Di Kedah dan Kelantan jangan cerita laa..
Dan bukan suatu rahsia akan betapa masjid-masjid ini mengalami perubahan yang sangat ketara dari segi pengisian roh dan aktivitinya!
Walhal zaman UMNO dulu.. Khir Toyo siap keluarkan fatwa "haram"kan segala jenis tazkirah dan kuliah beb!

Sudah-sudahlah Dr M..
Rakyat tahu siapa kamu..
Rakyat tahu latarbelakang kamu..
Rakyat tahu siapa anak-anak kamu..
Rakyat tahu macam mana rupa kehidupan anak-anak kamu..

Sudah-sudahlah kamu memperlekehkan Ulama' seperti Tuan Guru Nik Aziz ni..
Dulu masa kamu memerintah.. kamu hina Ulama' Dr Haron Din..
Kamu kata dia penjual air jampi la..
hatta hinggakan tergamak kamu menghina Rasulullah SAW dengan sunnahnya menyimpang janggut!
So, kalau Rasulullah SAW pun dihina dek Manusia Dr.M ini.. apa sangat la bila dia hina Nik Aziz!

budakbalun 09052011

Dr M: Nik Aziz gemar putar belit ayat al-Quran

PAS kini tidak lagi fokus memperjuangkan Islam sebaliknya lebih kepada berjuang mempertahankan DAP, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, pemikiran orang Melayu dalam parti itu telah jauh berubah berbanding semasa PAS di bawah kepimpinan bekas Yang Dipertuanya Allahyarham Prof Burhanuddin Al Helmi dan bekas Presiden Allahyarham Datuk Asri Muda.

Beliau berkata, ketika ini pemimpin dan anggota PAS sanggup bermati-matian mempertahankan DAP walaupun sebelum ini Pengerusi DAP Karpal Singh menyanggah gagasan penubuhan negara Islam seperti yang dikehendaki parti itu.

"Sampaikan Nik Aziz (Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) sekarang bukan main lagi pertahankan DAP, dulu tengok DAP pun tak boleh bila DAP kata langkah mayat kami dulu kalau hendak tubuh negara Islam. - Malaysiakini

2 comments:

Anonymous said...

mahathir oi! tak payah lah hang nak sibuk pasai PAS, itulah akibat orang tak belajar kitab fekah,tak tahu muamalat islam ( itu pun nak dipanggil ulamak juga). Kalau fekah pun dia tak tau, agak-agak la tauhid dengan tasauf dia tau tak?

saya nak tanya sikit, kalau nak jadi doktor perubatan tapi tak tahu ilmu kedoktoran apa akan jadi pada pesakit? mampuslah jawabnya. begitu juga kalau nak jadi orang islam tapi jahil aqidah/tauhid, fekah/hukum-hukum islam, dan tasauf/ilmu dalaman mengubat jiwa, pembentukkan akhlak apa akan jadi? maka binasalah, kalau diri dia akan binasa layakkah untuk memimpin umat islam?

hang kata PAS telah jauh berubah, tapi sebenarnya umno terlalu jauh telah terpesong dan sesat dalam kejahilan. Sangat jauh berbeza dengan Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Dr Ismail, Sayed Alba, Senu Abdul Rahman, Datuk Harun Idris dll lagi, kalau dulu peratus memperjuangkan bangsa agak tinggi, tapi kini memperjuangkan tembolok, perut, kocek, sendiri, kroni, keluarga menjadi keutamaan, RAKYAT DIKETEPIKAN, KRONI DIUTAMAKAN.

budakbalun said...

anon...
sokong!