Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, March 7, 2011

Upah menangis jadi Chairman Air Asia?? Perghh!



Untunglahhh..
hasil usaha menangis di atas pentas PWTC masa Che Det tetiba umum letak jawatan..
Lepas pencen dapat jadi Pengerusi Bukan Eksekutif Air Asia..
Perghh!!!

Teringat pulak si Leo Moggi dilantik di TNB sebagai Non executive director..
Beratus ribu gak elaunnya wehh!!
Bukan buat apa pun...
nama pun non executive director..
untunglahhhhh..

hmmm.. agak-agak Kak Pidah kita ni bertanding lagi tak PRU13 nanti?
sunsnake 07032011

Rafidah hasrat bantu AirAsia X capai sasaran

March 07, 2011

SINGAPURA, 7 Mac — Syarikat penerbangan Malaysia AirAsia X bersedia menjadi peneraju dalam industri penerbangan kos rendah perjalanan jauh global, kata Pengerusi bukan eksekutif dan bebasnya yang baru dilantik, Tan Sri Rafidah Aziz.

“Saya akan melakukan yang terbaik untuk membantu pasukan Airasia X merealisasikan sasaran dan wawasan untuk menjadi peneraju global dalam industri syarikat penerbangan tambang murah perjalanan jauh.

“Pasukan ini telah mencapai kejayaan dan boleh memanfaatkannya serta terus memperluaskan perniagaan, terutamanya dalam laluan baru yang menguntungkan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata bagi pihak beliau, beliau akan membantu menyelesaikan apa sahaja isu yang perlu ditangani oleh Malaysia atau kerajaan lain.

Menurut sumber industri, pelantikan Rafidah tepat pada masanya memandangkan ia akan membantu pertumbuhan masa depan AirAsia X, berdasarkan kepada latar belakang ekonomi dan pengalaman rundingan yang luas daripada tempoh beliau menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Berita Penuh

1 comments:

win win malaysians said...

sibandut tua ni masih boleh pakai kot,jgn2 pakai ron97...kah,kah,kah