Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, March 10, 2011

UMNO Buat Rakyat Macam Tikus Makmal!

Kamilah Pengundi Tegar UMNO!


Kali ni UMNO secara terang-terang memperjudikan kesihatan rakyat!
Malanglah rakyat Pahang terutamanya di Kuantan..

Dengan amat yakin UMNO bagitahu..
Projek itu selamat!

Wehhhh!!
Kalau betul selamat cuba bina projek tu tepi Istana Najib di Putrajaya?
Atau.. cuba alih projek tu ke Precint mana-mana di Putrajaya..
Boleh kita dengar pulak apa komen kakitangan kerajaan yang duduk disitu!

Adakah kerana Pahang ni 'fixed deposit" UMNO..
Maka kesihatan rakyat Pahang leh kira cincai?

Kalau berani try la buat di Kelantan? Penang? Kedah? Selangor?
Mana boleh.....!!!
Sebab rakyat negeri-negeri ni pengkhianat kepada agama,bangsa dan negara!

Kesian la rakyat Gebeng, Kuantan..
Jadi tikus makmal!

wakakakakaka!

sunsnake 10032011

'Jika selamat, mengapa tak bina di Perth'

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan hari ini mempertikaikan kewajaran kerajaan membina pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) yang paling besar di dunia di Gebeng, Kuantan.

Katanya, jika benar pusat bernilai RM700 juta yang dibina oleh sebuah syarikat Australia, Lynas Corp didakwa tidak akan memberi kesan kepada kesihatan penduduk, mengapa bahan sisa perlu diproses di negara ini.

“Malangnya Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia, Raja Abdul Aziz Raja Adnan mengatakan kesan radiasinya rendah dan selamat.

“Persoalannya, jika proses menapis tanah jarang ini tidak memberi kesan kepada kesihatan penduduk, kenapa ia dilombong di Mount Weld Australia dan tidak sahaja ia diproses di Perth Australia?

Berita Penuh

2 comments:

Anonymous said...

Hehehe...

Kalau dah MANGKUK TINGKAT tu nak buat macamana bro. Depa tetap sokong PEMIMPIN kesayangan depa nie walaupun terang dan nyata pemimpin depa nie BANGNG BERTINGKAT-TINGKAT.

Seluas-luas benua Australia tu, kenapa dibawa juga bahan sisa radioaktif u ke Malaysia nie.

Penduduk GEBENG bersedialah menerima hadiah istimewa dari PEMIMPIN kesayangan hangpa tu, mana tau boleh bertukar menjadi MUTANT ke, tapi kalau jadi ZOMBIE tak boleh nak tolong la.

Kami bersimpati je la, sebab hangpa yang pangkah depa kan.

-wakleman

budakbalun said...

hmmm.. masalahnya makcik pakcik UMNO yang tak tahu apa bende radioaktif tu pun sokong UMNO nehh!!
depa ingat radioaktif tu macam radio sinar fm kot? adehhh!!