Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, March 15, 2011

Mak Aihh!! Banyaknya Duit Polis nehh!!

Antara gambor paling klasik pada teman!


Baru je teman postingkan yang Polis jangan buat kerja UMNO..
Polis buat kerja untuk rakyat!

So, kalau UMNO buat Ceramah.. Polis jangan kacau melainkan berkawal untuk pastikan aman je..
Cam tu jugak la kalau PAS buat ceramah...

Kalau UMNO buat demo.. jangan dihalang cumanya polis kawal keamanan je..
Kalau PAS buat demo pun macam tu jugaklah!!

Bila polis halang ceramah PAS yang dibuat dalam hutan..
Tapi polis biorkan aje ceramah UMNO tengah jalan bandar...
Itu dah jadi Polis buat kerja untuk UMNO!
Adehhhh!!

Teman tak pasti lah berapa gaji polis berjawatan OCPD neh..
Bekas OCPD lak tuh.. pencen la sekarang neh..

Tapi boleh pulak 'kawtim' untuk 'setel luar' dengan RM200 ribu!

RM200 ribu tuh!!!

Hmmm.. itu 'bekas' tuh... masa dia pegang title tu ntah berapa pulak income nya!

errrrr... ke parti keris tolong setelkan?

adehhhhh!! baru 'kawtim' maaaaa! wakakakakaak!

sunsnake 15032011

Bekas OCPD diarah bayar RM200 ribu
Harakahdaily

KUANTAN, 15 Mac: Mahkamah hari ini memerintahkan bekas Ketua Polis Rompin, Hanafi Daud membayar kepada Dr Hatta Ramli dan dua pimpinan PAS Pahang, Mazlan Yassin dan Nazri Ahmad sebanyak RM200,000 sebagai ganti rugi dan kos akibat daripada penangkapan dan penahanan yang tidak sah ke atas mereka bertiga di Markas PAS Rompin di Muadzam, Pahang pada 10 Mei 2004 lalu.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuantan, Puan Sazlina Safie membuat keputusan tersebut hari ini setelah Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili defendan menyatakan kepada mahkamah bahawa anak guam beliau bersetuju membayar plaintif-plaintif RM200 ribu.

Kes hari ini ditetapkan untuk perbicaraan taksiran gantirugi.


Berita Penuh

0 comments: