Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, January 3, 2011

Khusrin - Melukut Di Tepian Gantang?


Teman teringat story member teman yang keje kilang..
Dia ni Eksekutif kat kilang tu..
Ada la sorang anak buah dia.. operator..
Memang kuat melawan..
Melawan ntah apa-apa pulak tuh..
Pantang ditegur terus melawan!
Siap ugut yang dia tu orang PEKIDA kat area tuh!
Siap ugut yang bapak dia Ayahanda PEKIDA kat situ!!
wakakakak!!

Hatta dia melepak hisap rokok tak buat keje pun kalau ditegur..
Kompom mengamuk tak tentu pasal!
Aishhh... fenin kepala member teman dibuatnya..
Nak suruh berenti kerja tak boleh...

Akhirnya dia dapat idea..
Dia bagi mamat tu satu kerja baru..
Dia bagi mamat tu satu meja kecik dan kerusi plastik..
Satu simple form.. sebatang pen..
Kerja dia duduk kat pintu gate kilang,
catat nombor plat lori yang keluar masuk sepanjang hari..
Dari jam 8.00 pagi sampai 5.00 petang!
Tak kisahlah dia nak merokok kat meja tu.. nak makan.. nak minum..
kerja takde overtime..
Office hour!

Tak sampai seminggu berenti mamat tuh!
Hilang tanpa kesan!

Hmmm..
Kes Khusrin ni teman teringat balik kat kisah member teman nih..
Selayaknya MB Khalid bagi kerja jenis macam member teman bagi kat anak buah dia tuh!
Bagi meja dan kerusi..
duduk kat pintu gate SUK..
Kerja dia catat nombor plat kenderaan yang keluar masuk SUK!
wakakakaka!

Kesian Khusrin..
Nak Angkat Sumpah jawatan.. kena depan MB Khalid!
Haram MB Khalid nak layan!!!
Nak masuk mesyuarat exco.. dengan izin MB Khalid gak..
Haram MB Khalid nak bagi!!

MB Khalid dah minta Speaker Dun Selangor panggil mesyuarat tergempar..
Nak buang jauh-jauh segala hukum hakam pasal SUK nih!!
Mana yang kerajaan negeri boleh humban.. humbankan aje SUK nih!!
Simpan bukan ada dividen pun!!

Senang-senang je pimpinan UMNO Selangor kata..
Tak puas hati bawak la ke mahkamah!!!
Wakakakakak!!
Daripada mengadu ke mahkamah malaysia.. baik ngadu ke Batu Caves!!
Dah kompom tak menang!
Dah kompom ntah mana-mana law dia kaitkan!
Tak caya tanya Zambry Mamak Pangkor!
sunsnake 03012011

Khusrin: MB enggan jumpa saya

Setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baru dilantik, Datuk Mohd Khusrin Munawi gagal mendapatkan temujanji bagi berjumpa dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung upacara angkat sumpah jawatannya. Upacara itu perlu diadakan sebelum beliau boleh menjalankan tugas-tugasnya termasuk mengambil bahagian pada mesyuarat dewan undangan negeri dan tugas ex-officio yang lain.
Berita Penuh

DUN tergempar bagi kembalikan kuasa Sultan
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengadakan sidang dewan undangan negeri tergempar bagi meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan mereka melantik setiausaha kerajaan negeri, penasihat kewangan dan penasihat undang-undang. Keputusan itu diambil setelah perjumpaan Khalid dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika, Shah Alam, hari ini di mana baginda bertitah beliau tidak mempunyai kuasa untuk menerima ataupun menolak perlantikkan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Berita Penuh

0 comments: