Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, January 1, 2011

Faizal Yusof meninggal Dunia! Al Fatihah




Terkejut gak teman baca entry tajuk ni di blog member tadi..
Mau tak terkejut..
Meninggal tu memang dah fitrah kehidupan laaa..
Tapi umur 32 sebab sakit jantung?
Perghhh!! Lemahnya manusia..

Pada kita yang tinggal..
Masih nak tunggu umur 55 tahun baru nak solat ke?
baru nak gi masjid?
baru nak baca quran?
adehhh!!!
Banyaknya dosa teman!
sunsnake 01012011

Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia

01/01/2011 5:58pm

KUALA LUMPUR 1 Jan (Bernama) — Pelakon, Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak di sini akibat serangan jantung.

Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira 9 pagi akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan.

Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan. — Bernama

3 comments:

NARDtheNERD said...

innalillah.

32 dah kena serangan jantung.
heavy smoker kot.

budakbalun said...

mabe la nard..

hmm.. kena berenti merokok neh!! huhuhu

eelobor said...

begitu lumrah manusia. kematian tak mnegira umur. yang bekerja gomen, tunggu pencen. kerja swasta bila dah terima hidayah. selalunya sbb bnyk alasan