Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, December 17, 2010

Boleh Tahan Gak Malaysian Insider nihh!


Teman baca dengan penuh minat dan simpati berita Adun Tenang nih!
Ye la.. umur dia pun muda lagi baru hujung 50an.. (muda ke?)

Apa-apa pun teman doakan agar beliau cepat sembuh dan kembali berkhidmat kepada rakyat Dun Tenang.. Dan yang paling penting, dapat beribadat kepada Allah SWT dengan sempurna..

Yang teman ada musykil ialah..
Dihujung berita tu sempat pulak wartawan MI ni tulis

"Difahamkan PAS Johor telah membuat persiapan jika pilihan raya kecil diadakan."

Hek ellehhh!! apa perlunya ayat itu ditulis??

Pada pandangan teman.. ayat itu sangat 'makan dalam'!

Seolah-olah nak menunjukkan yang PAS Johor tak sabar-sabar nak pilihanraya!

Ini sangat berniat jahat!

Teman percaya, kemungkin itu ada dan pastinya kedua-dua pihak baik UMNO mahupun PAS sedikit sebanyak dah terfikir untuk membuat persiapan untuk sebarang kemungkinan..

Apa perlunya ayat itu ditulis pun??
Sudahlah sumbernya pun langsung tak jelas!

Siotttt je!

sunsnake 17122010

Adun Umno Tenang di ICU, isteri kata dijangkiti kuman

December 16, 2010

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenang Datuk Sulaiman Taha dirawat di ibu negara hampir sebulan lalu tetapi stabil, kata pembantunya, sekali gus menolak spekulasi akan diadakan satu lagi pilihan raya kecil.

Pembantu peribadi Sulaiman, Razak Rashid berkata, wakil rakyat Umno itu dimasukkan ke hospital sehari selepas sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor.

“Keadaan beliau (Sulaiman) bertambah baik tapi beliau masih bergantung pada alat bantuan pernafasan,” kata Razak kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.

Razak berkata Adun selama dua penggal itu turut menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi tetapi dimasukkan ke hospital kerana tidak sihat.

Berita Penuh

0 comments: