Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, October 27, 2010

UMNO Nak Bawa Ke Mana Umat Ini???

Mama Borek UMNO Rintik!


Sesama ahli UMNO di PWTC bukan main bersemangat!
Biar berkecai badan!
Biar tinggal tulang!
Biar hancur jasad!!

Lahanat laaa!!

Itu bukan janji nak pertahan bangsa!
Jauh sekali janji nak pertahan Agama!!

Tapi itulah janji nak pertahan kuasa!

Tapi.. itulah jugak janji yang makcik pakcik Felda percaya!
Tapi.. itulah jugak janji yang makcik pakcik Kg Balun yakin!
Tapi.. itulah jugak janji yang makcik pakcik di Bagan Pinang hormat!
Tapi.. itulah jugak janji yang makcik pakcik di Bagan Datoh cinta!
Tapi.. itulah jugak janji yang makcik dan pakcik di Felcra junjung!!

Aduyaii!!

Alangkah indahnya kalau kelab-kelab malam ni di buat di
Felda Sg Behrang Slim River!
Alangkah indahnya kalau kelab-kelab malam ni dibuat di
Gugusan Felda Gunung Besout Slim River!
Alangkah indahnya kalau kelab-kelab malam ni dibuat di
Gugusan Felda Sungai Koyan Raub.
Alangkah indahnya kalau kelab-kelab malam ni dibuat di
Felda Tersang Raub...
Alangkah indahnya kalau kelab-kelab malam ni dibuat di
Gugusan Felda Jengka...
Alangkah indahnya kalau kelab-kelab malam ni dibuat di
Felda Trolak Utara Slim River!
Alangkah indahnya kalau kelab-kelab malam ni dibuat di
Felda Jempol!!!

Kompom!!

UMNO akan kalah macam di Parlimen Lembah Pantai!
UMNO akan kalah macam di Parlimen Titiwangsa!
UMNO-BN akan kalah macam di Parlimen Wangsa Maju!

UMNO hanya menang di Parlimen Setiawangsa!
Itupun sebab ada kem askar! waakakaka!

Sebab apa UMNO kalah di bandar-bandar??

Sebab penghuni bandar pun dah meluat dengan maksiat UMNO nih!
Sebab penghuni bandar pun nak tenang macam di felda-felda tuh!!

errr.. tenang ke Felda?

Fathul Bari!! Tolong jawabbbbb!!!

sunsnake 27102010

Hub hiburan: NGO Islam ucap 'tahniah', tunggu p'raya

Seperti dijangkakan, tindakan kerajaan melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mahu menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam mula mendapat tentangan kumpulan NGO Islam.

Bagi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), tindakan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu 'disambut' mereka secara amat sinis. "Tahniah kerana (kerajaan) berjaya menghancurkan rakyatnya," kata Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Ma'amor Osman (kiri) sambil menyifatkannya sebagai pengkhianatan kepada pentadbiran perdana menteri sebelum ini, khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan kelmarin, pentadbiran Najib mahu menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam bagi memacu industri pelancongan. Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan "mempakejkan" semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Lebih mengejutkan, EPP mencadangkan penubuhan zon hiburan di lima negeri, termasuk Lembah Klang yang akan menyaksikan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam menjelang 2014.

0 comments: