Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, October 19, 2010

Niaga Cendol Pun Ada Untung-Rugi la!


Seronok betul meniaga lebuhraya nih!
Kompom untung!!
Kalau nampak macam nak rugi pun tara hal..
Kerajaan leh support!

Kalau nampak macam nak rugi..
Ini masalahnya untung memanjang!
Tak pernah lagi teman dengor PLUS rugi!

Tapi yang peliknya..
nak kata untung PLUS tu dapat ke pekerja idak jugak..
Bonus tahunan untuk pekerja PLUS pun idal besor benor..
takat 1-2 bulan je..
kalau lebih pun ada kuota..
hmmm... kemana agaknya untung PLUS..
dengar-dengar cerita hutang beli tanah pun dah lama setel!
huihhh!! kaya cash PLUS nih!!
sunsnake 19102010

Pampasan tol: Putrajaya dijangka bayar Plus RM7.5 bilion

October 18, 2010

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Plus Expressway Berhad kemungkinan akan dibayar pampasan sehingga RM5 bilion ekoran keputusan kerajaan tidak mahu menaikkan tol lima tahun akan datang membabitkan empat lebuh raya, kata UEM hari ini.

Selain itu, pemegang konsesi Lebuh Raya Utara-Selatan dan beberapa lebuh raya itu juga perlu dibayar RM2.5 bilion dalam bentuk pampasan sehingga 30 Jun lalu.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan UEM, yang turut mengesyorkan untuk menswastakan PLUS, juga telah memulakan perbincangan untuk menstrukturkan semula perjanjian konsensi.

Perjanjian untuk menswastakan Plus akan selesai antara lapan dan 12 bulan lagi.

Berita Penuh

0 comments: