Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, October 5, 2010

Jerat UMNO Tak Pernah Lupakan Ku Li!


Heheheh..
Teman semacam dapat menghidu ada 'benda' yang tersorok dalam tajuk-tajuk berita berkaitan hal ni..

Sejak Muhyiddin kata Ku Li dilantik ketuai PRK Galas ni..
Sampai la Tengku Adnan(tengku?) pulak sibuk keluarkan statement yang nak meyakinkan...

Masalahnya.. takde seurat perkataan pun yang Ku Li keluarkan setakat ni!

Membaca tajuk di Malaysian Inside ni teman ingatkan Ku Li yang berkata setuju!
Walhal rupanya Adnan ni yang mengaku Ku Li dah setuju!

Nampaknya Pelanduk Tak Pernah melupakan jerat..
Sekali lagi UMNO nak mempermainkan maruah Ku LI sebagai 'Gurkha UMNO'...

Jawab Ku Li jangan tak jawab! wakakakak!

sunsnake 04102010

DUN Galas: Ku Li setuju ketuai jentera BN, kata Tengku Adnan

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Ketua Umno Gua Musang Razaleigh Hamzah telah bersetuju untuk mengetuai jentera Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas, demikian menurut Setiauasaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan berkata Tengku Razaleigh telah menyatakan persetujuan walaupun surat rasmi pelantikan rasmi belum lagi diserahkan kepada beliau.

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah pun menandatangani surat pelantikan Tengku Razaleigh.

“Surat itu ada dengan saya sekarang,” kata beliau ketika ditemui pemberita di Putrajaya.

Berita Penuh

0 comments: