Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, September 27, 2010

SB bakal sibuk balik!!


Hmm..
Selalunya yang jadi pemantau UMNO dalam aktiviti PR ni adalah SB..
Bagi kami dalam PAS ni lagilah dah lali dengan 'lakonan' SB nih!
Silap-silap dalam PAS sendiri ada SB yang menyangkakan dia tidak diketahui!
Walhal.. dia pulak yang sedang dimonitor sebenarnya!

So, eloklah UMNO hantar SB-SB ni..
sebab bukan sedikit SB-SB yang masuk PAS kemudiannya..
maklumlah.. terpaksa lebih rajin turun ceramah daripada ahli-ahli PAS itu sendiri!

Lepas ni..
kalau SB cina.. kompom lastly masuk DAP atau PKR! dan tak mustahil PAS!
Kalau SB melayu.. kompom masuk PAS atau PKR.. mungkin jugak masuk DAP!

Maklumlah... kami di PR ni bukan berasaskan bangsa!
boleh joint mana-mana parti kami..
Apa ada hal!
Yang terbaik masuk PAS laaa..
Tapi kena buang la perangai-perangai buruk UMNO tu dulu!
Nak tips gi tanya Kapten Zahar kat PJ Selatan!
sunsnake 27092010

Umno mahu pantau ceramah pembangkang kesan isu rasis

September 27, 2010
KUALA LUMPUR, 27 Sept — Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata, parti dominan Barisan Nasional (BN) itu akan memantau ceramah-ceramah Pakatan Rakyat khususnya yang dikendalikan dalam bahasa selain Bahasa Malaysia.

Kata beliau, langkah itu akan diambil untuk mengetahui sama ada himpunan anjuran mereka menyentuh isu-isu perkauman yang sensitif.

“Kami akan memantau ceramah pembangkang dalam bahasa-bahasa bukan Bahasa Malaysia.

“Saya tidak pasti sama ada ceramah-ceramah dalam Mandarin atau Tamil ada mencetuskan isu-isu perkauman,” kata beliau kepada pemberita selepas bercakap pada majlis dialog anjuran Puteri Umno.

Berita Penuh

0 comments: