Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, September 18, 2010

M.Rajoli - Pelakon 'Versatile' tiada gantinya!




Sebut la watak apa pun..
Pastinya dia mampu melakonkannya..
hebatnya dia.. watak Ulama' paling dijiwainya!
Sesuai dengan ilmu agama yang tersemat dihatinya..

M. Rajoli...
Sepertimana Allahyarham Din Beramboi..
Teman tak dapat melihat akan ada penggantinya buat masa terdekat ini..
Siapa yang mampu melakonkan watak Tok Guru sebaik M.Rajoli?
Siapa yang mampu melakonkan watak orang tua gatal sebaik M.Rajoli?
Siapa yang mampu membawa watak orang gaji sebaik M.Rajoli?

Sila cari balik wataknya dalam Drama Tv3 'Tanah Kubur'..
Sila cari balik wataknya dalam Drama.. apa ntah yang pasal dia jadi Abuya tuh!
memng klasss!! Drama 'Tuan Guru" rasanya..
Sila cari filem Lady Boss.. yang dia jadi orang gaji kepada anaknya sendiri..
hmmm..

Paling teman tak boleh lupa..
Bacaan Talkin Allahyarham dalam filem "Esok Untuk Siapa"..
sampai sekarang teman tak dapat lagi dengar talkin sebaik itu!

teman pasti akan merinduinya...

Al-Fatihah buat Allahyarham M.Rajoli...

sunsnake 18092010

Pelakon M. Rajoli meninggal dunia

September 17, 2010

KUALA LUMPUR, 17 Sept — Pelawak dan pelakon terkenal M. Rajoli meninggal dunia di Hospital Ampang di sini, pada pukul 10.55 malam ini akibat penyakit kelenjar kanser otak.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Harun Salim Bachik berkata Allahyarham dirawat di hospital itu sejak tengah malam semalam setelah mengalami komplikasi penyakit itu.

“Allahyarham meninggal akibat penyakit lamanya itu dan dijangka akan disembahyang dan dikebumi di Keramat petang esok,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata hampir keseluruhan anggota keluarga Allahyarham berada bersamanya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya.

Harun berkata pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar kepada industri perfileman negara kerana Allahyarham adalah “bintang yang sentiasa menyinar”.

Berita Penuh

0 comments: