Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, September 20, 2010

Lagi Bukti Kegagalan Pakatan Rakyat!


Mahathir kata Melayu Mudah Lupa...
Pemimpin UMNO pernah kata Melayu berbudayakan subsidi..
Pemimpin UMNO pernah berkata melayu lemah daya saing!
Pemimpin UMNO pernah berkata Hanya UMNO yang mampu membela melayu!

Cisss!!! Kena tipu nenek moyang aku dengan UMNO!
Cisss!!! Kena kencing atuk nenek aku dengan UMNO!
Cisss!!! Nyaris-nyaris aku dan ayah aku kena kencing dengan UMNO!

Kesian pak sedara aku sampai mati masuk kubur sokong UMNO!
Kesian pak sedara aku kaya-raya makan duit rasuah UMNO!

Kesian sepupu-sepupu aku.. dapat ayah pencacai UMNO..
Mati-mati mak ayah depa sokong UMNO!
Hidup-hidup mak ayah depa dikencing dek UMNO!

cis!!! cis!! cis!!

Kata pelajar melayu lembab..
Kata pelajar melayu lemah bahasa Inggeris..
Kata pelajar melayu lemah sains & matematik..

Ni haaa..
dah ada pelajar melayu yang pandai dan tak lembab..
dah ada pelajar melayu yang power giler bahasa Ingeeris...
dah ada pelajar melayu yang terror sains & matematik..

Apsal tak ditatang?
Apsal tak dijulang?
Apsal tak dibantu?

Patutnya.. duit komisen kapal selam tu yang digunakan untuk bantu pelajar ni..
Patutnya.. duit buat istana baru tu yang dapat diguna untuk support pelajar ni..
Patutnya.. duit yang dirembat kat EPF tu boleh guna kalau terdesak untuk pastikan pelajar ni dapat jadi doktor bumiputera...
Patutnya.. duit yang habis kat PRK Hulu Selangor hari tu sampai RM23juta leh setelkan masalah kewangan ibubapa melayu yang anak melayunya bijak nak jadi doktor melayu nih!!

UMNO perjuang Melayu? khakkk!! Tuuihhh!!

sunsnake 20092010


500 mahasiswa Melayu cemerlang mungkin pulang

KUALA LUMPUR 19 Sept. - Kira-kira 500 mahasiswa Melayu cemerlang yang sedang mengambil kursus kritikal termasuk perubatan di Asia Barat mungkin terpaksa menamatkan pengajian lebih awal kerana tidak mendapat biasiswa seperti dijanjikan.

Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang mendedahkan mengenai perkara itu menjelaskan, ibu bapa pelajar berkenaan tiada pilihan selain membawa pulang anak masing-masing kerana kebanyakan daripada mereka daripada golongan berpendapatan rendah.

Menurut Setiausaha Agung MPM, Dr. Hasan Mad, ini kerana ibu bapa berkenaan telah bergolak-gadai menghabiskan wang simpanan termasuk menjual tanah bagi menanggung pengajian tahun pertama anak masing-masing setelah mendakwa akan diberikan biasiswa apabila memasuki tahun kedua pengajian.

"Semua universiti itu diiktiraf oleh kerajaan tetapi kenapa mereka tidak diberi biasiswa? Saya hendak tanya adakah tindakan itu berpunca daripada desakan MCA?

"MPM memandang serius perkara ini kerana pada masa sama kerajaan boleh memberi bantuan jutaan ringgit kepada sekolah Cina persendirian yang jelas melanggar Dasar Pelajaran Kebangsaan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat MPM di sini hari ini.

Berita Penuh

0 comments: