Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, September 8, 2010

Brahim Lekuk Kepala KJ?

Spesis baru???


BN kalah teruk sebab KJ!
itulah jeritan Brahim pada KJ...

Wakakakaka!

Woi KJ... spesis Brahim ni.. dia tengok sapa ada kuasa..

Dulu dia tengok Pak lah ada kuasa..
Dia nak rapat dengan Pak Lah.. puji-puji Pak Lah..
Tapi nak rapat kena jadi Ahli parlimen..
Nak bertanding atas tiket bebas kompom kalah!
tiket BN kompom tak dapat!
Ntah cemane leh dapat tiket PAS!

La ni Najib lak ada kuasa..
Apa barang nak respect kat menantu Pak lah!!
Apa kuasa ko ada KJ oii!!
Kuasa tingkat 4 dah habis dahhh..

wakakakakak!

Kuasa timbalan menteri pun takde!!!
Wakakakak!
kuasa Setiusaha kementerian pun takde!!!

Kuasa di pejabat pemuda UMNO PWTC je laaaa!!
sunsnake 08092010

Pendirian terbaru ketua Perkasa puji Najib, terus hentam Khairy

Perdana Menteri berkata bahawa dalam menjaga hubungan antara kaum pula, setiap rakyat hendaklah peka kepada sensitiviti serta mengelak daripada perbuatan, tindakan atau tutur kata yang boleh melukakan saudara daripada kaum-kaum lain.

Mengenai kenyataan terbaru Khairy, yang melihat Perkasa menjadi asas menurunnya undi kepada BN, Ibrahim sekali lagi membidas dengan menyifatkan Ketua Pemuda BN itu “cakap macam orang tak ada akal dan orang gila.”

“Perkasa baru tubuh selepas pilihan raya umum ke-12. Pilihan raya umum ke-12, BN kalah teruk sebab orang membenci beliau (Khairy),” kata beliau merujuk kepada berita bertajuk “KJ: Perkasa punca BN hilang undi”.

Ibrahim mengetengahkan hujahnya bahawa Perkasa ditubuhkan sebab tidak mahu Melayu berpecah.

Sambil menyifatkan Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno sebagai pemimpin “bernafsu besar tapi dah hilang taring”, Ibahim menambah, “orang membenci Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sebab Khairy mengawal Pak Lah... kalau Perkasa tubuh sebelum pilihan raya ke-12 ada logik.”

“Umno lagi rosak ada orang akal putus macam Khairy,” katanya.

Dalam temu bual dengan sebuah portal berita yang disiarkan semalam, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau masih yakin ahli-ahli Perkasa tidak akan sokong pembangkang kerana mereka akan memberikan undi pada Umno.

Berita Penuh

0 comments: