Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, August 25, 2010

Duit Raya Gomen - Alhamdulillah


Alhamdulillah..
Akhirnya dapat la jugak staff gomen Pusat duit untuk persediaan Aidilfitri ini..
Sememangnya itu adalah hak mereka..
Dan Terima Kasih buat Kerajaan Malaysia dan paling penting bersyukurlah kepada Allah SWT atas rezeki kewangan ini..
Tidaklah banyak tapi setidak-tidaknya lepas la sikit tekanan jiwa nak raya ni..

Errr.. itu yang Gomen.. yang swasta nihh??
hmmm.. tau mana-mana pejabat Along yang terdekat?
Gaji pun ada yang dah 4-5 tahun tak naik-naik nih!!!
sunsnake 25082010

Kakitangan k'jaan dapat duit raya RM500
Ogos 25, 10 3:47pm

Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar bantuan khas kewangan sebanyak RM500.

Dalam satu kenyataan hari ini, perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan. Ia akan dibuat sebelum 1 Syawal. "Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Berita Penuh

0 comments: