Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, August 7, 2010

Bukti PAS gagal Tarbiyah Guan Eng!


Ini bukti PAS GAGAL bagi DAP faham Islam..

GEORGE TOWN, 7 Ogos — Ketua Menteri Lim Guan Eng mempertahankan sumbangan Islam sambil menggesa Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek perlu mempelajari tentang ketamadunan Islam.

Sehubungan itu Lim berkata Dr Chua sedang cuba untuk mengalihkan tumpuan daripada masalah akar umbi sebenar, yang dilihat ditujukan kepada Umno selaku komponen utama Barisan Nasional (BN).

“Jangan salahkan Islam, saya berpendapat ia tidak adil,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Sebaliknya menurut Lim, Dr Chua sewajarnya mengemukakan persoalan-persoalan yang serius seperti perjudian sukan dan kalimah Allah kepada Umno.

Ini pulak bukti UMNO BERJAYA fahamkan MCA tentang Islam...

KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membidas Umno dan PAS kerana menggunakan agama untuk bersaing mendapatkan sokongan orang Melayu.

Malah beliau mendakwa Malaysia juga terperangkap sebagai negara “berpendapatan tengah” lebih 10 tahun.

Bekas menteri kesihatan itu berkata persaingan antara kedua-dua parti Melayu Islam itu telah membawa negara ke arah “dasar-dasar yang tidak progresif.”

“Apabila Umno dan PAS menggunakan agama untuk memperkukuhkan pengaruh mereka, kita boleh melihat beberapa dasar bukan progresif dibuat dan negara terperangkap sebagai negara berpendapatan tengah lebih 10 tahun,” kata beliau ketika berucap pada Konvensyen MCA Kedah di Alor Setar hari ini.

Hidup Melayu!!!

sunsnake 07082010

0 comments: