Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, August 30, 2010

Ber'taqwa' sungguh Ibrahim Ali nih! LOL!


Teman macam nak pitam menahan gelak bila baca statement Ibrahim Ali si Pejuang Melayu nih!!
Terutama apabila dia kata Tuan Guru Nik Aziz tak bertaqwa apabila sokong YB Serdang tu!

Sokong bukan Islam masuk masjid dalam keadaan sopan terus jadi tak bertaqwa?

Perghhh!! Bertakwa sungguh pejuang UMNO (secara senyap) nih!!
Tak cukup-cukup Mat Sembab bagi fatwa..
Dia pun nak jugak!!

huh! tak sabar nak tunggu fatwa dari Armand Perkasa!!!
ke si Armand pulak tengah pening.. maklumlah..
banyak sangat bukti Bik mama lagi hampeh!

sunsnake 30082010

Idea Perkasa larang bukan Muslim bercanggah suruhan Islam

August 30, 2010
Ibrahim meminta undang-undang digubal agar orang bukan Islam dilarang memasuki kawasan masjid. — gambar fail

KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Cadangan Perkasa yang mendesak agar undang-undang khusus digubal bagi melarang bukan Islam daripada memasuki kawasan masjid dan surau bertentangan dengan perintah Islam, kata dua komponen Pakatan Rakyat (PR) hari ini.

“Apa hak Perkasa mahu undang-undang digubal bagi melarang orang bukan Islam memasuki kawasan masjid dan surau?

“Dalam Islam sendiri tidak melarang. Adakah Perkasa mahu mencabar perintah agama?” kata Ketua Dewan Ulama PAS pusat Datuk Harun Taib kepada The Malaysian Insider.

Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan Melayu, pimpinan Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali semalam menggesa agar undang-undang digubal melarang bukan Islam memasuki masjid dan surau.

Ibrahim turut menuduh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menjalankan tanggungjawabnya sepenuhnya dengan mempertahankan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang mengunjungi Surau Al-Huda di Kajang, Ahad lalu.

Bagi Nik Aziz, tindakan Teo tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

Mengulas lanjut, kata Harun, tindakan melarang orang bukan Islam daripada memasuki masjid dan surau akan menyekat mereka untuk mendekati dan memahami Islam.

“Bagi saya orang bukan Islam boleh memasuki kawasan masjid dan surau, Islam tidak melarang. Yang penting mesti berpakaian sopan.

“Ibrahim hanya pandai cakap sahaja... beliau sendiri pun tidak tahu apa yang dicakapkan,” katanya.

Beliau turut membidas Ibrahim kerana mengatakan Nik Aziz kurang bertakwa kerana mempertahankan Teo yang menyampaikan sumbangan dan ucapan di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral pada Ahad lalu.

“Saya rasa beliau (Ibrahim) sendiri tidak tahu apa makna takwa, kalau beliau tahu sudah pasti beliau tidak akan cakap.

“Lagipun siapa beliau untuk menilai seseorang itu bertakwa atau tidak, beliau bukan Tuhan nak tentukannya,” katanya.

Berita Penuh

1 comments:

Anonymous said...

Dia ingat taqwa tu macam taukwa kot, setengah orang sebut tauhu.