Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, August 13, 2010

Apabila Buruh Bangla pun boleh tembus Balai Polis!


Di Syarikat teman ni ada la dalam 10 orang pekerja kontrak daripada Bangladesh..
Memang banyak fungsi dan manfaat perkeja daripada Bangladesh ni..
macam kereta Kebal! bagi je semua jenis kerja.. boleh sajaaaa!!

Tapi yang baru-baru laa..
Pekerja Bangla ni ada 'pe'el' sikit..
iaitu bila dah lama mula dia buat perangai!
Makin banyak songeh dan mula berlagak semacam berkumpulan..
dan pastinya ada la sorang dikalangan mereka yang jadi kapten..
hehehe.. kalau tak mengenangkan mereka ni semua saudara seIslam..
dah lama kena buang dahh!! hehehe

Tapi satu pantangnya...
Mereka semua dilarang masuk ke area ofis!
Dilarang sama sekali!
Hanya dibenarkan menjejak kaki ke area ofis dengan kebenaran dan di'escot' oleh penyelia atau team leader..
Kalau ada kerja yang kena dibuat di dalam opis, ada bilik khas untuk buat kerja-kerja tu..
Punya la company teman jaga keselamatan peralatan dan pelbagai jenis dokumen penting syarikat...

Hmm... Makna kata..
Ofis teman lagi hebat daripada Balai Polis!!!
Bangla boleh tembus Balai!!
tapi tak boleh tembus opis teman!!

peghhh!! Salute kat Pakcik Security opis teman nehhh!!
Lagi bagus daripada Polis Malaysia!
Kurang-kurang pakcik jaga teman ni tak kena tunjal dahi dengan UMNO macam Polis malaysia kena!

sunsnake 13082010

10,000 helai kertas siasatan polis hilang, dijual bahan kitar semula

August 13, 2010

KUALA LUMPUR, 13 Ogos — Selepas negara dikejutkan dengan pendedahan enjin jet TUDM dicuri dan dijual sebagai barang lusuh, polis Gombak kehilangan kira-kira 10,000 keping kertas siasatan yang dijual kepada kilang kitar minggu lalu.

Sehubungan itu, polis menahan lapan lelaki termasuk empat buruh binaan warga Bangladesh bagi membantu siasatan kes kehilangan kertas siasatan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Kertas siasatan itu dikatakan mengandungi rekod kes-kes jenayah IPD itu yang sudah selesai dan menunggu kelulusan untuk dilupuskan.

Ia disimpan di sebuah bilik di tingkat satu, salah satu daripada bangunan IPD itu yang sedang diubah suai.

Ekoran keadaan fail kertas siasatan itu yang sudah usang dan berhabuk menyebabkan pekerja binaan menyangkakan ia kertas lama yang sudah tidak digunakan lalu mengambilnya untuk dijual kepada kilang kitar semula.

Kertas siasatan seberat kira-kira 2,000kg itu dijual pada harga RM800 kepada beberapa kilang kitar semula di Kepong berdasarkan kadar antara 37 hingga 45 sen sekilogram.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, kehilangan kertas siasatan itu hanya disedari Sabtu lalu oleh salah seorang anggotanya yang mahu menjalankan kerja-kerja pembersihan dan mengemas kini fail-fail di situ.

Berita Penuh

0 comments: