Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, July 4, 2010

Nong Chik - Susah Dapat Projek Di Bawah Pakatan!

Mak oiii!! Ramainya pengampu kat belakang diaaa!!!


Hahaha!
Nak tergelak teman bila baca statement Raja ni.. (tak pasti Raja mana..)
Susah bila hilang kuasa? Masa ada kuasa UMNO buat apa?

Meh sini teman nak cerita sikit..
Ada satu tempat di Perak..
Masa Pakatan Rakyat memerintah.. UMNO Bahagian tersebut apply..
Nak guna Dewan Besar milik majlis daerah di pekan tu untuk buat mesyuarat agung tahunan mereka..
Dengan senang hati diizinkan oleh Majlis Daerah..
Walaupun ahli exco majoriti orang PR dah ambil alih..
Dengan alasan.. Dewan itu adalah milik rakyat..
UMNO pun rakyat! dengan syarat, UMNO kena bayar sewa dewan tersebut.. simple!

Malangnya selepas UMNO merampas kuasa di Perak,
PAS Kawasan tersebut mencuba untuk apply dewan yang sama untuk mesyuarat PAS kawasan..
Malanya sekali lagi permohonan PAS ditolak mentah-mentah!!

Adakah ini yang dimaksudkan Nong Chik?
Politik dendam dan zalim?

UMNO..UMNO.. dah nak mati ni macam-macam laaa... Wakakaka!
sunsnake 04072010

Sukarnya bila hilang kuasa, kata Nong Chik

BN hanya boleh memberikan perkhidmatan kepada rakyat jika kekal berkuasa, kata Pengerusi Umno Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Katanya, jelas sekali bahawa di kawasan kita kalah, anggota BN lumpuh apabila kemudahan yang ada dimonopoli oleh Pakatan Rakyat. "Saya daripada bahagian di mana kita kalah. Mereka beritahu saya betapa sukarnya bagi mereka berada di bawah Pakatan," katanya dalam mesyuarat tahunan bahagiannya di PWTC, Kuala Lumpur hari ini. "Mereka perlu bekerja keras, (sampai) berkempen bawah khemah di rumah mereka. "Inilah yang berlaku kalau kami tidak lagi berkuasa," katanya yang juga menteri wilayah persekutuan dan kesejahteraan bandar Malaysia. -Mkini

0 comments: