Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, July 27, 2010

Kerajaan Selangor - Betul salah, hukum!


Sebagai membuktikan yang Kerajaan PR ini benar-benar bukan fotostat UMNO-BN..
Wajib mamat ahli majlis ini dihukum dengan seberat-beratnya!
Kalau idak.. serupa tak payahlah pimpinan PR nak bercakap pasal integriti..
serupa tak payahlah Anwar nak berceramah hal rasuah UMNO..
serupa tak payahlah Azmin Ali nak kutuk Mahathir mahupun Najib hal integriti..
serupa tak payahlah Hassan Ali nak bersyarah hal dosa rasuah!
serupa tak payahlah Kit Siang dan Karpal nak bercakap hal ketelusan!!
Serupa tak payah!!!

Isu macam ni kena clearkan betul-betul..
Isu macam kes pasir tu dah boleh buat tak tau sebab UMNO melalak tanpa bukti pun!

yang si Ronnie Liu apahal no komen?
Apa masalah?

Harap-harap jangan ada syndrome of denials kali ni..
Menyampah gak sebenarnya...

sunsnake 27072010

MB berang siasatan ahli majlis 'bocor'

Jul 27, 10
2:45pm

Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengakui bahawa kerajaan negeri itu sedang menyiasat kes melibatkan seorang ahli majlis yang menyalah-gunakan surat rasmi exco kerajaan untuk mendapatkan kontrak bagi kroninya.

Khalid berkata siasatan dalaman telahpun dijalankan sejak "dua atau tiga minggu lalu." Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Khalid (kiri, tengah) juga berkata beliau berasa malu kerana hasil siasatan itu telah dibocorkan.

Beliau mengulas laporan akhbar The Star hari ini yang menyebut, ahli majlis daripada parti DAP itu juga merupakan seorang pemimpin veteran dan mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan parti negeri. Ahli majlis berkenaan didakwa telah mendapatkan kontrak untuk kroni dan anggota keluarganya dengan menulis surat sokongan menggunakan surat rasmi seorang anggota exco.

Dilaporkan, ahli majlis berkenaan yang telah dilantik selama tiga penggal itu berjaya mendapatkan beberapa projek melalui kegiatan itu.

Berita Penuh

0 comments: