Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, July 17, 2010

ADUN UMNO tolak Jawatan!!! Bior Betul??


Wakakakak!!
Selalunya dan resam UMNO..
Kalau pasal jawatan.. berbunuh-bunuh pun UMNO sanggup!

Tak caya tanya la bekas-bekas UMNO yang dah pencen..

Tapi kali ini ADUN UMNO ni tolak jawatan yang dioffer kepadanya!!
Perghh!! Ajaib!! Jelas ADUN UMNO ni 'Ikhlas"..

Kata hari tu nak pastikan Kerajaan Selangor didakwa atas segala macam penyelewengan??
Inilah peluang yang terbaekkk!!
Jadi Pengerusi PAC Selangor!!
Boleh bukak semua fail Kerajaan Negeri!!
Bolah check semua akaun Kerajaan Negeri!!

Boleh pulak tak nak? Pejuang Melayu kepala bana apa ADUN UMNO nih!!
sunsnake 17072010

Speaker: Adun tolak jawatan PAC gambarkan fikiran sempit BN

July 17, 2010

KUALA LUMPUR, 17 Julai — Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menyifatkan tindakan Adun Sungai Burong Datuk Mohd Shamsudin Lias dari BN menolak pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebagai berfikiran sempit kerana menolak kepercayaan diberikan dewan.

Teng Chang Kim berkata tindakan Shamsudin menolak usul yang membolehkan beliau dilantik memegang jawatan itu seolah-olah mengabaikan tanggungjawab rakyat.

Ini kali pertama DUN Selangor melantik wakil pembangkang mengetuai jawatankuasa itu.

“Usul ini adalah perintah daripada dewan jadi kalau beliau (Shamsudin) tidak terima jawatan tersebut, maka beliau telah mengabaikan tugas yang telah diberikan,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Bagaimanapun DUN tidak akan mengambil sebarang tindakan tetapi rakyat akan jelas bahawa Adun BN tidak mahu memikul tanggungjawab setelah mendapat sokongan penuh anggota dewan, tambah beliau.

Teng berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Shamsudin yang tetap dengan pendirian menolak usul yang membolehkan beliau dilantik sebagai Pengerusi PAC atas alasan ia hanya bermotifkan politik.

Berita Penuh

0 comments: