Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, June 23, 2010

Patutnya Bahasa Arab wajib laaa..


Teman cuma bagi komen..
Teman sendiri pun tau Bahasa Arab ana anta je!

sunsnake 23062010

KUALA LUMPUR 15 Jun - Kerajaan disyorkan turut menjadikan Bahasa Arab sebagai salah satu mata pelajaran wajib kepada pelajar-pelajar di semua peringkat pengajian.

Ketika membuat syor itu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Abdul Aziz Hussein berkata, langkah itu penting bagi memastikan pelajar Islam dapat menghayati bahasa itu sekali gus memberi pemahaman kepada mereka dalam melaksanakan kewajipan sebagai umat Islam.

"Bahasa Arab adalah bahasa al-Quran, oleh itu adalah penting bagi pelajar Islam menguasainya supaya mereka boleh memahami kitab suci berkenaan dan faham apa yang dibaca ketika solat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menegaskan, kerajaan akan mewajibkan penyediaan guru-guru Bahasa Mandarin dan Tamil di semua sekolah kebangsaan supaya pengajaran dan pembelajarannya dapat dilaksanakan sepenuhnya di negara ini.

Sambil mengalu-alukan langkah kerajaan itu, Abdul Aziz pada masa yang sama meminta kerajaan mempertimbangkan cadangannya berhubung Bahasa Arab tersebut.

Sumber: Utusan Online, 16/06/2010

Wajibkan juga pembelajaran Bahasa Arab

Pembelajaran bahasa arab bagi umat Islam bukanlah suatu opsyen seperti bahasa Mandarin atau Tamil atau sebagainya, tetapi ia merupakan satu kewajipan yang tidak wajar ditolak atau dikompromi. Syor untuk menerapkan pembelajaran bahasa arab dalam negara demokrasi yang terpengaruh dengan sindrom islamofobia sudah pasti akan memposisikan implementasinya sebagai suatu yang 'berat' atau setidak-tidaknya 'seimbang' dengan pembelajaran bahasa lain. Negara sekular tidak mungkin berusaha bersungguh-sungguh untuk memartabatkan Islam biarpun hanya melalui pembelajaran bahasa Al-Quran secara intensif. Mereka seharusnya faham bahawa Al-Quran bukan hanya wajar difahami maksudnya ketika solat, bahkan wajib dijadikan sebagai sumber perlembagaan dan peraturan hidup bagi seluruh kaum Muslimin baik dalam soal peribadi mahupun bernegara. Oleh kerana kehidupan Islam itu diasaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah, maka sudah tentu mekanisme untuk menggapainya adalah melalui penguasaan bahasa arab. Mengabaikannya merupakan suatu dosa.

"Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa mereka yang musyrik itu berkata, ‘Sebenarnya dia diajar oleh seorang manusia’ (padahal) bahasa orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu ialah bahasa ajami (non-arab) sedangkan Al-Quran ini berbahasa arab yang fasih nyata."
[TMQ An-Nahl (16):103]

sumber - jebbat

0 comments: