Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, June 22, 2010

Nasir Safar manusia bersih! - Hishamuddin


"Hasil daripada siasatan polis, tidak terdapat nama atau suspek yang dimaksudkan terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya,” katanya dalam jawapan bertulis kepada R Sivarasa (PKR-Subang).-Hishamuddin..

Hasil siasatan Polis? kalau ikut hasil siasatan polis, Altantuya pun takde rekod masuk Malaysia!! Altantuya masuk Malaysia guna parachute, lompat dari kapal terbang Mongolia! Landing kat Dataran Merdeka!

Aduyaii!!!
sunsnake 22062010

Kematian Altantuya: Bekas pegawai PM tak terbabit
Jun 22, 10 3:09pm

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menafikan terdapat nama atau suspek Datuk Nasir Safar - bekas pegawai khas perdana menteri - dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Hasil daripada siasatan polis, tidak terdapat nama atau suspek yang dimaksudkan terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya,” katanya dalam jawapan bertulis kepada R Sivarasa (PKR-Subang).

Dalam pertanyaan lisannya, Sivarasa meminta Hishamuddin menyatakan adakah benar atau tidak Nasir adalah lelaki dalam kereta Proton berwarna biru yang sampai di hadapan rumah Razak Baginda pada malam 19 Oktober 2006.

Berita Penuh

0 comments: