Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, June 2, 2010

Ini Isu Besar!! Patut SPRM dah gegar Malaysia!


SPRM tak kecoh pun?
Dekat-dekat nak separuh staff gomen terlibat dengan rasuah! Ini bukan PAS kata, bukan PKR kata, bukan pengkhianat Islam DAP kata tapi Cuepacs kata!!

Apa menatang Cuepacs ni? Ini otaimer-otaimer Gomen Servants yang cakap!
SPRM kata apa? SPRM tak kata apa?

Aikk?? Pelik???
Itu hari bukan main laju Teoh Beng Hock kena soal??
Sampai 2-3 pagi kena tahan mengantuk di pejabat SPRM!
Alih-alih sampai mati kawan tuh!! (bukan SPRM buat!)

hmmm.. 418,200 kakitangan awam nie standby haaa..
ingat pesanan budakbalun.. kalau boleh minta SPRM siasat di opis yang satu tingkat sahaja!
Idak pun jangan lebih dari 2 tingkat!!
Jangan pakai tali pinggang murah!
Jangan ada plan nak kawin.. idak nanti dikatakan tekanan takde duit nak buat kenduri!!

wakakakaka!
sunsnake 02062010

Cuepacs: 41 peratus penjawat awam terlibat rasuah tahun lepas

June 02, 2010

TEMERLOH, 2 Jun — Seramai 418,200 atau 41 peratus daripada 1.2 juta penjawat awam dikesan terbabit dengan aktiviti penerimaan rasuah sepanjang tahun lalu, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman.

Beliau berkata jumlah tersebut adalah membimbangkan dan harus ditangani segera.

Bagi menangani masalah tersebut, Cuepacs akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya mereka yang terbabit dengan aktiviti rasuah diambil tindakan dan diheret kemuka pengadilan, katanya.

“Kita mahu memerangi rasuah di kalangan penjawat awam dan juga membuat laporan kepada SPRM terhadap pihak yang cuba menyogokkan rasuah kepada penjawat awam.

“Cuepacs tidak akan berkrompomi atau bertolak ansur dengan melindungai mana-mana penjawat awam dengan gejala ini yang boleh menjejaskan pembangunan negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung kali ke-8 Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Jabatan Kerja Raya dan Air Cawangan Temerloh, di sini hari ini.

Berita Penuh

0 comments: