Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, June 7, 2010

Elok benor la dadah di'halal'kan pulak..


Yang apek jual 'kuda' tu keturunan Vincent Tan la kot???

Kalaulah penjualan dadah untuk penagihan dihalalkan kan selamat..
takde la sampai mati brader-brader ni berebut kawasan..

leh apply loan untuk start meniaga jual dadah!!
Pastinya Chow Kit jadi kawasan aman masa tu.. sebab dimana-mana pun ada premis jual dadah!

Macam judi laa.. kan mudah bila kerajaan UMNO luluskan judi..
Cuba bayangkan kalau judi tu haram? (ikut tafsiran UMNO laa)
kompom ada yang mati-mati berebut kawasan nak jual judi pulak!!

hmmm.. makin lama makin sesat puak2 UMNO nih!

sunsnake 07062010

Lelaki maut gaduh rebut kawasan dadah
Jun 6, 10 12:50am

Seorang lelaki maut sementara rakannya cedera dalam pergaduhan untuk merebut kawasan pengedaran dadah di Jalan Masjid India di Kuala Lumpur awal pagi semalam.

Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dalam kejadian pukul 3.00 pagi itu, kedua-dua mangsa sebelum itu diserang oleh tiga lelaki tempatan di tingkat tujuh di Selangor Mansion di kawasan itu.

"Suspek naik ke bangunan tersebut yang didiami kedua-dua mangsa selepas tidak berpuas hati kerana mengganggu kawasan mereka dengan menjual dadah di kawasan Chow Kit.

"Suspek yang berusia 30an kemudiannya menyerang kedua-dua mangsa itu dengan bersenjatakan pisau, besi dan kayu di dalam bilik mereka hingga parah," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Berita Penuh

0 comments: