Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, May 3, 2010

Undilah BN! Kalau nak duit segera!

Teman harap sangat agar pengundi Parlimen Sibu tak meniru sebahagian besar pengundi melayu di Hulu Selangor nih! Orang dah pesan, bagi duit ambik! Bagi Beras, Masak! bagi Kain, pakai! tapi pangkah? sorry untuk BN! Tapi kat sini bukan setakat umpan BN, dengan pancing-pancing melayu HUlu Selangor telan!!! Tak semua laa...

Teman yakin sangat jugak yang BN akan perabihkan duit sebanyak mungkin! Malahan mungkin lebih banyak daripada puluhan juta di Hulu Selangor sebelum ini!

Hmmm... macam nak joint ke berkempen dan buat liputan blog di Sibu nih! Modal tarakkk!!!

sunsnake 03052010

Pengundi perlu pilih BN


NAJIB Tun Razak bersalaman dengan penduduk di Sungai Merah sempena lawatan kerja beliau selama sehari di Sibu, Sarawak, semalam. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN


SIBU 2 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberikan mesej yang mudah tetapi amat penting kepada penduduk Sibu iaitu undilah Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu, 16 Mei ini.

Beliau berkata, BN selaku parti pemerintah telah terbukti membawa banyak pembangunan dan sewajarnya menjadi pilihan dan harapan rakyat pada masa depan.

0 comments: