Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, May 28, 2010

Kedai-kedai Judi Sport Toto, Awas!

Elok sangat la macam ni..
at least ada lah usaha-usaha serius daripada Kerajaan PR untuk halang dosa besar ini.. Sebagaimana seriusnya Kerajaan BN mahu melaksanakan dosa besar tersebut!

So, semua kita ini bertanggungjawab membuat laporan kepada PBT masing-masing apabila bermulanya aktiviti haram UMNO-BN ini nanti!

sunsnake 28052010


Majlis tempatan S'gor haramkan pertaruhan sukan

Mei 27, 10
6:14pm

Beberapa majlis tempatan di Selangor akan bertindak membekukan lesen premis pertaruhan yang menawarkan judi sukan.

Bermula dengan Majlis Badaraya Petaling Jaya pada Selasa lalu, gerakan berkenaan menjalar ke Selayang, semalam dan hari ini Ampang Jaya pula mengambil tindakan yang sama.

Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat majlis berkenaan, ahli majlis, Latheefa Koya berkata mereka bertindak mengikut Seksyen 101, Akta Kerajaan Tempatan yang meliputi isu berhubung kesihatan, keselamatan dan keselesaan.

Latheefa, yang juga ketua penerangan PKR berkata judi sukan memudaratkan kesihatan mental dan menjadikan sukan sebagai aktiviti yang tidak menyihatkan.

Menurut ahli majlis Selayang, Lee Khai Loon, mereka boleh menghalang aktiviti perjudian dengan mengawal pengeluaran lesen premis perniagaan, yang mensyaratkan jenis perniagaan yang mereka jalankan.

Berita Penuh

1 comments: