Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, May 5, 2010

Bukti Anwar betul! UMNO memang suka Israel!

Fahami betul-betul berita dari Utusan Meloya dibawah ini..
Apa maksud sebenar mereka?

Yang teman faham, maksudnya Anwar telah membuang 'kawan lama' dengan menghentam APCO milik Israel!! Ok lah tu! At least Anwar dah kembali ke jalan yang benar!

Bukan seperti UMNO yang tangan kanan menghulurkan bantuan kepada kumpulan Fatah Palestin, tangan kiri menghulurkan dana kepada Israel melalui APCO!

yang teman faham laaa.. ada pendapat lain?

sunsnake 05052010

Anwar khianati kawan

KUALA LUMPUR 4 Mei - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh kerajaan menggunakan khidmat firma perhubungan awam pro-Israel APCO Worldwide dan kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan khidmat bekas ejen Israel dalam projek berkaitan pengurusan maklumat dan komunikasi, dikecam hebat oleh sebuah laman web berhaluan kanan Amerika.

Melalui tulisannya dalam 'The New Ledger', sebuah penerbitan Internet Amerika yang menyiarkan pendapat golongan yang menyokong sistem kapitalis dan konservatif, Rachel Motte berkata, Anwar telah membuang kawan lamanya di Washington dan menjadikan kontrak APCO Worldwide sebagai asas untuk mereka cipta teori konspirasi mengenai penguasaan Yahudi, rancangan Zionis dan kegiatan subversif di Malaysia.

Katanya, beberapa orang kanan Anwar juga telah melemparkan pelbagai tuduhan, termasuk kononnya kerajaan Malaysia telah menggunakan khidmat sebuah syarikat yang mempunyai hubungan rapat dengan rejim Zionis di Israel berkaitan projek maklumat dan komunikasi.

Dalam tulisan bertajuk "The Reversal of Anwar Ibrahim", Motte mendakwa Anwar, yang dianggapnya sebagai ahli politik berbisa dan berkarisma, menjadi punca munculnya semangat anti Yahudi di Malaysia.

Katanya, ini bukan kali pertama "beliau mengambil jalan ini" dan beliau "mempunyai sejarah menggigit Yahudi (sikap prejudis atau bermusuh dengan Yahudi) apabila keadaan memerlukan beliau berbuat demikian.

berita penuh

0 comments: