Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, May 24, 2010

Al-Fatihah buat Bendahari UMNO


Semoga Rohnya dicucuri Rahmat..
Semoga Allahyarham juga didalam hatinya tidak bersetuju dengan tindakan parti kesayangannya meluluskan judi bola..

Al-Fatihah!

sunsnake 24052010

Meninggal dunia ketika bersidang

TASEK GELUGOR 23 Mei - Persidangan UMNO Cawangan Pokok Machang di sini hari ini gempar apabila Bendahari UMNO cawangan itu meninggal dunia ketika sedang bersidang.

Mohd. Bakary Awang, 56, tiba-tiba rebah selepas memberi ucapan penangguhan mesyuarat yang dihadiri kira-kira 70 ahli UMNO cawangan itu.

Menurut Ketua UMNO cawangan itu, Roslan Ali, Bakary dilihat agak lemah selepas selesai membuat ucapan penangguhan persidangan yang dimulakan pada pukul 3.30 petang itu.

"Beberapa ahli lain cuba memberi bantuan dengan mengurut dada beliau namun Bakary menghembuskan nafas terakhir sebelum sempat dibawa ke hospital.

"Saya difahamkan beliau memang ada menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis tapi tidaklah terlalu serius," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Pusat Aktiviti Kanak-kanak yang menjadi lokasi persidangan itu.

Tambahnya, Bakary memang seorang yang aktif dalam UMNO dan memegang jawatan bendahari sejak beberapa tahun lalu.

-melayau

0 comments: