Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, May 29, 2010

Ada yang kena pecat sat lagi nieee..


Satu-satu orang berjawatan kena pecat dalam MIC dek Samy Vellu nih!
Sudahnya dengan Setiausaha Agung pun kena pecat lepas nih!!

ayoyo!!!
sunsnake 29052010

Setiausaha Agung MIC pertikai tindakan Samy pecat ahli CWC

28/05/2010 6:49pm

PETALING JAYA 28 Mei — Setiausaha Agung MIC S. Murugesan hari ini tampil secara terbuka mempertikaikan tindakan Datuk Seri S. Samy Vellu yang menggunakan kuasanya sebagai presiden untuk memecat empat ahli termasuk dua ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti baru-baru ini.

Beliau berkata, selain rasa tanggungjawab terhadap ahli-ahli MIC, tindakannya itu adalah bertujuan memastikan prinsip-prinsip demokrasi dalam parti tidak digugat.

Katanya, tindakan pemecatan yang dibuat sepatutnya bukan pilihan pertama presiden sebaliknya ahli parti perlu diberi peluang untuk mempertahankan diri di hadapan Jawatankuasa Disiplin parti.

"Saya sebagai setiausaha parti mempunyai tanggungjawab kepada keseluruhan ahli-ahli MIC dan juga untuk memastikan bahawa prinsip-prinsip demokrasi dalam parti itu diperkukuhkan dan tidak digugat.

Berita Penuh

0 comments: