Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, April 1, 2010

Tak jadi sebat? Pulak?


Komen la sendiri..
Kang kata menderhaka plak!

Menderhaka pada Allah takpe kot?
Jangan menderhaka pada tooott!

Lepas ni kalau nak kena hukum gantung ke ape ke..
Gi la jumpa tooot!
Moga-moga diampunkan!

Ampun Tuanku!

sunsnake 01032010

Hukuman ke atas Kartika diringankan atas sebab kemanusiaan

01/04/2010 6:19pm

KUANTAN 1 April - Sultan Pahang berkenan meringankan hukuman terhadap bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, daripada hukuman sebat kepada melakukan khidmat masyarakat atas sebab-sebab perikemanusiaan, titah Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

"Itu adalah keputusan atas budi bicara Tuanku Sultan, hak mutlak Tuanku Sultan dan Tuanku Sultan juga membuat keputusan itu atas sebab-sebab perikemanusiaan.

"Dia (Kartika Sari Dewi) bukan diampunkan daripada kesalahan itu, tapi hukuman itu diringankan, ini adalah ihsan Tuanku Sultan,” titah baginda kepada pemberita ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan perlawanan Hoki Piala Tun Razak antara Pahang dan Selangor, di sini, hari ini.

Kartika Sari Dewi, 33, dijatuhi hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 pada Julai tahun lalu selepas didapati bersalah minum arak di khalayak ramai di sebuah resort di Cherating, Pahang. - Bernama

1 comments:

Anonymous said...

Tak sangka pulak hukuman macam ni boleh 'diampunkan' oleh sultan... Macam-macam hal...