Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, April 19, 2010

PRK Hulu Selangor (87)UMNO-BN kompom menang 25 hb ini!


Kalau ikut majoriti PKR menang dulu 198 undi, tapi dalam kes ini 228 undi akan hilang dari Hulu Selangor! Kalau kita kira secara mudahnya, anggaplah 228 ini undi PKR dahulu, BN dah menang dengan majoriti kecil jugak! Janji dia menang!

SPR oh SPR! Memang laknat ke atas kamu!
sunsnake 19042010

SPR perjelas pemindahan pengundi Kpg Tanjung
Apr 19, 10
4:41pm
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menafikan tuduhan bahawa suruhanjaya itu menjadi 'dalang dalam konspirasi' untuk memenangkan BN dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini menyifatkan tuduhan itu sebagai satu fitnah dan dakwaan palsu. Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan pengarah strategik PKR Tian Chua bahawa atas SPR telah memindahkan satu lokaliti mengundi dalam kawasan parlimen Hulu Selangor ke dalam kawasan Rawang.

Mengulas dakwaan itu, Wan Ahmad berkata, SPR bertindak demikian setelah menyedari bahawa lokaliti 228 pengundi Kampung Tanjung di Sungai Choh itu sepatutnya diletakkan di kawasan parlimen Selayang.

Ini bermakna mereka tidak boleh mengundi dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor pada 25 April depan.

"Apabila kita semak menggunakan pemetaan geografi berkomputer, barulah kita sedar bahawa daerah mengundi sebenarnya bukan di Hulu Selangor tetapi di Selayang," katanya dalam satu sidang media di pejabat tanah daerah Hulu Selangor hari ini.

berita penuh

1 comments:

sakit hati said...

Penyokong PR yang beragama Islam, solat hajat setiap malamagar Allah memenangkan Zaid dan datangkan laknatnya ke atas sesiapa saja yang mengkhianati rakyat!