Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, April 6, 2010

PRK Hulu Selangor (19) Jentera PR makin mantap!


Malam tadi berlangsung salah satu siri mesyuarat Jentera Pilihanraya PR dibawah seliaan PKR dan PAS Hulu Selangor..
Kehadiran sangat menggalakkan hinggakan tak muat dewan!

Apakah ini petanda jentera PR kali ini mantap?

Di pihak BN pula desas-desus UMNO dan MIC tak boleh duduk semeja dengan tenang..
Kalau ada pun 'kemesraan' yang dibuat-buat terpaksa dilakonkan..

Perbalahan MIC dan UMNO dalam memilih calon nampaknya semakin serius hinggakan terkeluar kata-kata berbaur ugutan daripada pimpinan UMNO Bahagian Hulu Selangor...

Nampaknya bukan calon yang berkredibiliti yang menjadi kriteria BN tetapi parti-parti didalamnya hanya mahu calon mereka dicalonkan! Tak kira la apa status calon tersebut!

Bayangkan.. calon sekorup Mat Taib yang UMNO Hulu Selangor mati-mati nakkan menjadi calon!
MIC pulak bermati-matian mahu mencalonkan Palanivel yang usahkan ke kampung melayu, ke estet-estet india pun dia malas nak turun!
Dan sudah menjadi kelaziman Palanivel ini hanya turun apabila sebulan-dua hampir pilihanraya!
Berbeza sungguh dengan Adun-Adun UMNO yang ada di dalam Parlimen Hulu Selangor ini.

sunsnake 06042010

0 comments: