Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, April 28, 2010

Felda Sungai Buaya - Duit dah mahsyuuukkkkk!!!

Sewaktu teman minum petang bersama teman-teman sekerja semalam, sempat teman ber'sms' dengan seorang rakan yang juga penduduk Kg Sungai Buaya,
sms teman "Salam, wak, lagi RM40k dah mashyuk ke lom?"
sms member "dah..."..
Aikk??? ringkas je?? detail la skit!!!
ke takut teman ajak gi Spa?? wakakaka!!

Untunglah orang Kg Sungai Buaya kalau betoi duit dah mahsyukkk!!
Hmmm.. duit sapa la agaknya yang dibank in kan tuhhhhh!!


sunsnake 28042010

Tawaran RM50,000 kepada peneroka rasuah
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 27 April: Timbalan Presiden Keadilan Rakyat, Senator Dr Syed Husin Ali menempelak Umno-BN yang menjanjikan RM50,000 kepada penduduk di Felda Sungai Buaya jika mereka mengundi untuk memenangkan parti itu pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Ahad lepas.
Sambil menganggapnya sebagai suatu bentuk rasuah, beliau mempertikaikan tindakan yang telah dan akan dilakukan Umno-BN bagi mengotakan janji mereka kepada peneroka di Felda tersebut.
"Ia satu kes rasuah yang perlu ditekankan iaitu tawaran RM50,000 kepada peneroka-peneroka di Sungai Buaya, kerana tanah di kawasan tersebut telah dibeli oleh Syarikat Etika yang telah ditutup," katanya pada sidang media Pakatan Rakyat di lobi Dewan Negara hari ini.

berita penuh

1 comments:

Ayid said...

Salam, Memang lah dah masyuk, duit gaji dia yang masuk kan ini dah hujung bulan. Itu sebab dia tak bagi detail. Hu hu hu