Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, March 25, 2010

UMNO Hulu Selangor paling kuat di dunia!



Tanpa berniat tidak menghormati ahli keluarga Allahyarham, izinkan teman menulis mengenai kerusi Parlimen yang ditinggalkan beliau. Al-Fatihah buat Allahyarham Zainal Abidin Ahmad, semoga rohnya ditempatkan bersama-sama roh-roh golongan mukmin dan muttaqin. InsyaAllah.

Sekiranya berlaku PRK Parlimen Hulu Selangor kali ini, teman dapat menjangkakan ianya akan menjadi suatu yang sangat-sangat kritikal dan 'tricky'. Didalam suasana politik yang agak seimbang sebenarnya, dengan Pakatan Rakyat yang masih lagi mengalami kejutan isu 'lompatan' ahli-ahli Parlimen dan ADUN dan dengan Barisan Nasional yang masih lagi bermasalah besar dengan parti-parti komponennya terutama MCA dan MIC.

Bukan suatu yang rahsia di Hulu Selangor, bahawa PAS sangat ingin bertanding kerusi Parlimen dan begitu juga UMNO yang telah bertindak membuat 'undi protes' pada Pilihanraya Umum yang lalu menyebabkan ianya menjadi antara faktor kemenangan Allahyarham dikerusi Parlimen ini. Namun PAS pernah bertanding di kerusi ini dalam Pilihanraya Umum 2004 dengan meletakkan calonnya iaitu Dato' Ismail Kamus namun jelas kekuatan BN apabila Dato' G. Palanivel berjaya menewaskan tokoh Ulama' tersebut dengan majoriti yang agak besar!

Umumnya UMNO Hulu Selangor sebenarnya agak berpengaruh dan hebat jika diukur dengan jumlah ahli dan prestasi sebelum peristiwa 8 Mac 2008. Disinilah lahirnya Tan Sri Muhammad Taib yang juga antara Lagenda dalam senarai bekas-bekas Menteri Besar Selangor dengan kejayaannya membangunkan negeri dari segi ekonomi dan pentadbiran... kononnya.

Menang atau kalah PRK ini tidak menjadi soal bagi menentukan kerajaan namun inilah sebenarnya yang akan menjadi kayu ukur bagi kedua-dua pihak sama ada BN mahupun PR.

Teman menjangkakan UMNO akan berusaha sehabis mungkin untuk meletakkan calonnya bagi menggantikan MIC yang sangat jelas ditolak secara total oleh pengundi-pengundi India disini.
Sekiranya UMNO sah diletakkan sebagai calon apakah mungkin PKR masih lagi mahu bertanding? Bukankah PAS adalah lawan sebenar UMNO di pentas politiknya?

Dengan majoriti pengundinya adalah berbangsa Melayu, amat jelas bahawa sekiranya UMNO yang dipilih bagi meletakkan calon, ini akan menjadi suatu cabaran yang sangat hebat bagi PAS atau PKR yang bertanding. Dengan jumlah Felda yang agak banyak dan besar jumlah pengundinya, teman melihat kelebihan UMNO sangat jelas sekiranya mereka yang dipilih bagi meletakkan calon. Bagi PAS dan PKR, suatu strategi dan teknik kempen yang pantas dan efektif sangat-sangat diperlukan terutama didalam suasana Pilihanray Kecil yang pastinya sentiasa dibayangi oleh media yang berat sebelah!
sunsnake 25032010

0 comments: