Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, March 3, 2010

Nak perjuang Islam? masuk PAS laa!


Aduhhh!!
Dalam banyak-banyak alasan keluar PKR..
Alasan mamat ni yang teman heran..
Nak mengembalikan kedaulatan Islam??

Abisss?? Yang ko keluar PKR tapi jadi bebas apsal??
Apsal tak joint PAS?
aduhhh!! Jangan la nampak sangat keb*d*hanmu..
Umur dah 65 tahun.. patut teman panggil atuk dahhh!!!

Kepimpinan PKR kena tangani betul-betul masalah ni..
Teman dah kabo kan dulu..
sunsnake 03032010

Anggota Parlimen Bagan Serai Keluar PKR

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) kehilangan seorang lagi wakil rakyat mereka hari ini apabila Anggota Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri mengumumkan keluar parti.

Mohsin memberitahu sidang media di sini bahawa beliau hilang keyakinan terhadap perjuangan dan matlamat politik PKR dan gagasan Pakatan Rakyat khususnya dalam mengembalikan politik dan kedaulatan Islam.

Berikut tindakan itu, beliau mengikut jejak langkah Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng dan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin yang meninggalkan parti itu.

Mohsin berkata beliau akan menjadi anggota parlimen bebas. - BERNAMA

0 comments: